• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Buku>Belia>Sang Pemimpi

.

Sang Pemimpi

oleh : Ulat buku    

Pengarang : Andrea Hirata
Sang Pemimpi ialah lanjutan kisah benar hidup seorang penulis iaitu Andrea Hirata. Novel ini adalah sambungan novel pertamanya
Laskar Pelangi. Novel ini adalah sebuah  kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat anda percaya tentang tenaga cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan terhadap diri, dan kawan-kawan. Malah lebih dari itu akan membuat anda percaya kepada kekuasaan Tuhan yang tetap memberi ganjaran pada orang yang berusaha. Andrea akan membawa anda berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza, malah luar biasa tentang nasib, tentang intelektual, kegembiraan yang meluap-luap, sekaligus kesedihan yang mengharu biru. Dia mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba menperoleh pendidikan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan. Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa, namun tanpa anda sedari, lambat laun watak-watak itu akan mengusai anda, membawa diri anda turut hanyut dalam gelombang hidup yang mencengkam mereka.
Anda pasti tersenyum dengan humor halus yang bersahaja namun tersirat di dalamnya falsafah yang cukup rasional, erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang didukung oleh dua watak utama buku ini, Arai dan Ikal. Jalan mereka melangkah cita-cita tidak semudah yang disangka.. demi belajar di Paris dan akhirnya cita-cita mereka tercapai.
Diterbitkan pada: November 19, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Komen

Showing 2 out of 2   Tambah komen anda
  1. 0 Ulasan 24 Januari 2008
    1

    bellindra

    buat andrea

    aku,,,suka bgt buku nyah,,, gara-gara buku laskar pelangi,,, aQ jadi deket ma mantan aQ aQ jd deket ma org yang aQ suka,,, sang pemimpi m edensor aQ jadiin kado uLang taun buat mantan aQ,, aQ punya mimpi buat jadi pnuLis,,, hope,, my dreams come true,,, bLs k e-mail aQ yaQh,,,

  2. 0 Ulasan 26 Mac 2008
    2

    Nana

    sang pemimpi

    best! best!

Bookmark & share this post

.