Permasalahan dadah sebenarnya seperti tiada jalan penyelesaian dan penghujungnya walaupun telah diketahui punca akar umbinya.
Sebab utamanya ialah perniagaan dadah itu sendiri selagi ada promosi dari pengedar dadah dan permintaan penagih dadah yang tinggi selagi itu masalah tersebut tidak akan selesai. Walaupun pihak berkuasa berjaya membenteras akitiviti-aktiviti dadah tapi perniagaan dadah masih terus hidup bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Bila dibuat kajian jumlah bilangan remaja merupakan peratusan tertinggi yang sangat mudah dipengaruhi, terjerumus dan terjebak dengan masalah dadah ini. Kebiasaan peringkat umur remaja ini berhadap konflik emosi, kurang fikir positif masa depan, suka abai serta lari dari tanggungjawab sebagai pelajar. Sebaleknya layan sifat ghairah mencuba, mencari keseronokkan, kedegilan tak bertempat, membuang masa dengan aktiviti-aktiviti nagetif, menunjuk-nunjuk kehebatan dan mencari populariti serta perhatian di kalangan mereka. Akibatnya bila remaja telah menjadi penagih tegar yang membawa jalan kebinasaan dan penyesalan diri sendiri bila usianya meningkat tua nanti.
Di desa kebiasaannya ibubapa meletakkan harapan yang tinggi terhadap anak-anaknya sebagai tempat pelindung bila mereka tua kelak. Walaupun dengan pendapatan kecil dan kehidupan serba serbi kekurangan tetapi mereka utamakan pendidikan dan pelajaran anak-anak supaya menjadi insan yang berguna kelak.
Malangnya sebilangan kecil remaja desa ini lupa diri dan tidak mahu faham hajat dan cita-cita kedua orang tuanya. Mereka mudah terpengaruh dengan kawan yang tidak berakhlak dan terlibat dengan dadah. Nasib malang dan malang bila remaja memilih dadah sebagai teman hidupnya..