• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Perniagaan & Ekonomi>Pengaruh bahasa memujuk

.

Pengaruh bahasa memujuk

oleh : puteriandalusia     

Pengarang : puteri andalusia
Seorang pakar pemasaran mengatakan bahawa jurujual perlu menjual ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan, bukannya menjual
bentuk fizikal barang atau perkhidmatan berkenaan. Menjual ciri sesuatu barang atau perkhidmatan pula memerlukan kemahiran berbahasa.Misalnya, seorang jurujual insuran nyawa akan menceritakan perancangan kewangan sebagai strategi untuk menarik minat pelanggan membeli insurans tersebut. Ia akan  mengemukakan soalan-soalan berbentuk positif untuk menarik minat pelanggan supaya bertanya dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh jurujual tersebut.
Bahasa memujuk bukan sahaja menarik minat pendengar atau pelanggan tetapi juga berupaya memerangkap mereka. Bahasa memujuk ialah bahasa psikologi yang boleh mendatangkan kesan kepada pelanggan, pembeli dan pendengar. Kesan kata-kata pujukan itu tidaklah begitu cepat dan bergantung pada jenis-jenis pelanggan. Bagi pelanggan yang keras kepala, bahasa yang digunakan pastilah yang lebih bersifat emosional, lama dan menggunakan pendekatan yang lebih lembut.
Logik emosi penting untuk mengeksploitasi ego manusia. Kebanyakan pengguna membeli sesuatu barang bukanlah kerana perlu, tetapi untuk memuaskan ego manusianya. Jadi, bahasa memujuk haruslah dapat mengubah pandangan dan persepsi pengguna terhadap sesuatu produk atau dengan kata lain bahasa memujuk dapat mengubah sikap seseorang. Oleh itu, jurujual perlu menguasai bahasa emosional. Jurujual harus juga mempunyai kemahiran berbincang dan bercerita dengan gaya penceritaan dan sandiwara yang bersungguh-sungguh sehingga pelanggan akan terpengaruh.
Bahasa memujuk digunakan juga oleh media massa, umpamanya dalam iklan. Sebagai contoh, terdapat iklan yang memaparkan kata-kata yang berbunyi "Tunggu saja kemunculannya pada minggu depan". Penyataan ini tentu saja menimbulkan perasaan ingin tahu pendengar dan mereka akan ternanti-nanti pelancaran sesuatu produk atau perkhidmatan itu.
Lanjutan daripada bahasa memujuk ini ialah kemunculan ahli lobi profesional seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Mereka meneima ganjaran yang lumayan semata-mata kerana memiliki kemahiran memujuk dan melobi pembuat dasar. Di Malaysia, pakar runding imej misalnya, mempunyai kemahiran dan ketrampilan berbahasa yang tersendiri, termasuk menggunakan bahasa memujuk.
Diterbitkan pada: Jun 19, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

Orang yang telah membaca abstrak ini juga telah membaca:

.