Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Perniagaan & Ekonomi>Tarik KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA

Tarik KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA

oleh: adz_agmr     Pengarang : AMAR MAHMOOD
ª
 

Kekayaan dan menjadi jutawan adalah merupakan impian setiap manusia. Dengan kekayaan, mereka boleh melakukan apa sahaja dan mampu mencapai apa yang di impikan. 
TARIK KEKAYAAN DENGAN KUASA MINDA, agak pelik bagi sesetengah orang namun ianya adalah merupakan satu kebenaran.  Alam minda jauh lebih hebat dari alam fizikal. Kuasa yang ada pada minda mampu mencapai apa sahaja yang dikehendaki. Menarik kekayaan dengan kuasa minda adalah asas bagi membentuk minda individu yang mahu menjadi kaya raya. Buku ini juga menggamit pra pembaca untuk memprogramkan minda yang betul untuk mendapatkan kekayaan.
Antara perkara yang dibincangkan dalam buku ini ialah; Membuang kepercayaan negatif pada kekayaan, Memprogram kepercayaan baru bagi memudahkan aliran kekayaan, dan seterusnya Menggunakan Law Of Attraction bagi menarik energi kekayaan.
Dalam bab pertama telah diketengahkan tentang hakikat kekayaan yang perlu diketahui oleh setiap individu yang memasang impian untuk menjadi kaya. Walaupun maksud kekayaan teramat luas, namun buku ini telah menerangkan secara terperinci bagaimana menarik kekayaan material dan fizikal samada berbentuk wang ringgit, kereta ataupun rumah impian anda.
Bagi penulis kekayaan yang akan diterjemahkan adalah bermula dari dalam diri. Menurut beliau, semua perkara yang berlaku atas dunia ini adalah hasil dari apa yang wujud dalam diri manusia. Jadi secara sedar atau tidak manusia yang berjaya dan bergelar jutawan telah mencipta kejayaab dan kekayaan dalam diri mereka terlebih dahulu.
Telah diterangkan juga, ramai orang yang mengalami kesempitan kerana mereka telah mencipta kemiskinan dalam minda mereka. Mereka sentiasa memikirkan masalah, kepayahan, kedukaan, susah, takut. Secara lansung dan tidak langsung mereka telah mencipta sendiri sempadan hidup mereka sehingga mereka telah menjadi sebahagian daripadanya.
Dalam bab kedua, penulis telah menerangkan tentang rahsia manusia yang mempunyai empat tubuh. Menurutnya, selain dari tubuh fizikal yang mampu dilihat setiap hari, manusia juga mempunyai tubuh mental, emosi dan spiritual. Dan ramai yang tidak mengambil berat tentang ketiga-tiga tubuh lagi itu, sehingga wujud perbezaan yang ketara antara setiap individu.
Sering dipersoalkan bagaimanakah hendak menjadi kaya? Kekayaan ialah apabila seseorang dapat membebaskan dari kesempitan kewangan. Menurut pembacaan dan kajian yang telah dibuat, jawapan kepada persoalan tersebut ialah kekayaan datang dari dalam diri sendiri.
Penulis ada menyebut bahawa hari ini ramai orang sibuk mencari kekayaan yang ada pada dunia fizikal mereka. Namun mereka lupa pada kekayaan yang bermula dari dalam diri. Dalam hal kekayaan, manusia dapat berlakon seperti orang mewah. Namun mereka tidak mampu menyembunyikan hakikat yang anda selalu hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.
Kekayaan adalah energi atau tenaga. Ia juga adalah frekuensi atau getaran. Kekayaan mempunyai tenaga yang mengalir. Wang yang kita pegang setiap hari adalah tenaga.
Perkembangan sains fizik telah membuktikan semua yang wujud dalam dunia ini terhasil dari satu bentuk molekul-molekul elektron yang sangat halus. Bila dilihat daging manusia dibawah mikroskop, tidak lain yang akan  kita nampak kecuali pergerakan-pergerakan molekul-molekul kimia yang bertindak balas tanpa henti. Jadi yang membezakan antara seseorang adalah tahap frekuensi ataupun tenaga yang dikumpulkan oleh objek itu.
Jadi persoalan disini, apakah itu wang dan apakah kaitannya dengan tenaga. Wang yang biasa berbentuk kertas adalah alat yang menunjukkan nilai. Sebenarnya nilai diwujudkan di dalam minda dan ianya kan berubah-ubah setiap hari bergantung pada nilai yang diletakkan oleh manusia. Oleh kerana iala adalah tenaga, kekayaan dipanggil aliran. Ia mengalir. Tenaga bersifat mengalir. "Dimana fikiran anda pergi disitu tenaga akan mengalir".
Kekayaan hanya untuk sesetengah individu sahaja? betulkah begitu. Mengapa kekayaan akan pergi kepada sesetengah individu dan setengah yang lain tidak menerima kekayaan. Persoalan juga ditimbulkan, adakah ini dikata takdir kepada individu itu? Sebenarnya Allah Maha Adil dan Allah menerangkan bahawa Islam itu adalah agama yang adil. Allah telah memberi peluang yang sama rata kepada setiap makhluk, cuma masih ada yang tidak sedar wujudnya peluang kekayaan disekeliling mereka. Malah ada yang masih tidak bersedia untuk menerima kekayaan. Ada yang masih belum membuka pintu untuk kekayaan masuk ke dalam diri mereka. Jadi anda yang membaca buku ini pasti akan menemui jalan penyelesaian. Jangan tunggu lagi. Ilmu adalah jambatan  untuk mencipta kekayaan.
Sama masih ingat tentang kisah Irfan Khairi, Jutawan Internet dalam bukunya Nota Jutawan Nota Motivasi menyatakan bahawa beliau terpaksa bekerja sebagai tukan sapu dan cuci semata-mata untuk mendapatkan wang, membeli buku dan menambahkan pengetahuan.
Setelah anda membaca buku ini, maka anda seharusnya merubah minda dan bersedia untuk menerima kekayaan. "KEKAYAAN HANYA DATANG BILA ANDA MENAMPAKKANNYA DALAM MINDA".  

Diterbitkan pada: 06 Mac, 2010   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.