Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Perniagaan & Ekonomi>Business Ideas & Opportunities>Misteri Kehebatan pokok/buah NANGKA - Ianya HEBAT, Sesungguhnya HEBAT

Misteri Kehebatan pokok/buah NANGKA - Ianya HEBAT, Sesungguhnya HEBAT

oleh: MasterOO     Pengarang : Othman Abd Samad
ª
 
SEBENARNYA :-
POKOK DAN BUAH NANGKA Pelbagai Guna yang amat HEBAT sekali...
Nama saintifiknya ialah - Artocarpus Heterophyllus Linn.


Buah Nangka yang masak amat sedap dimakan, manis dan wangi serta rangup. Ramai diantara kita yang bimbang untuk memakan Nangka kerana dikatakan boleh menyebabkan angin dan cirit birit, tetapi ianya boleh diatasi dengan cara memanggar buah nangka masak sebelum mengupasnya untuk dimakan isinya, atau rebus dan makan biji nangka jika cirit birit dan banyak angin selepas makan isi nangka..

* Biji nangka yang masak pula amat enak jika direbus, lemak dan menyelerakan. Di sesetengah negeri Bijinya dijadikan gulai atau dijadikan kacang panggang, malahan ada juga yang menjadikannya tepung untuk kegunaan membuat roti dan sebagainya. HEBAT KAN...

* Daun Nangka amat digemari oleh binatang ternakan terutama kambing. Kepada pihak yang menternak kambing secara komersial perlulah menanam pokok nangka untuk tambahan bekalan makanan kerana ia mengandungi nilai protein yang tinggi. Maka jimatlah kos makanan kambing disamping dapat hasil nangka. Jangan asyik bagi pelet je - Gandakan keuntungan ternakan anda dengan mengurangkan kos makanannya.

* GETAH NANGKA - Getah nangka yang dipanaskan boleh digunakan sebagai gam untuk sambungan atau tampalan peralatan tembikar yang pecah atau retak kerana ia mengandungi 82-6-86-4 resin yang amat berguna sebagai bahan pengilat.

* KAYU NANGKA - Mengikut kajian dan praktikal industri di Sri Langka, Kayu Nangka menjadi sumber eksport ke Eropah kerana Nilai kualiti kayunya yang amat tinggi. Warnanya akan berubah mengikut usia pokok dari warna jingga kepada kuning kemudian coklat dan merah pekat " ( HEBAT SEKALI KAYU NANGKA ) ". Kayu nangka tidak dimakan anai-anai, juga tahan kulat dan bakteria perosak. Kayu nangka yang berusia matang sama taraf dengan kayu Mahagoni dan lebih tinggi nilainya daripada Jati. Ia sering digunakan untuk pembinaan dan membuat peralatan muzik.
Kebenarannya - Kebanyakan Istana di Bali dan Makasar diperbuat daripada batang pokok nangka.

Nah.......! terserlah kehebatan kayu nangka. Mengapa tidak dijadikan industri ?. Duk sibuk eksport pokok ( benih ) Jatimas dari Indonesia berkoyan-koyan, dah tanam banyak masalah . Pokok diserang dek penyakit dan virus yang luarbiasa. Akibatnya ramai yang kecundang dalam industri penanaman pokok Jati ni satu ketika dulu. Sekarang ini, muncul pula pokok gaharu, sampai ada yang kecundang dek penipuan melabur dalam syarikat kayu gaharu kononnya boleh untung besar. Melabur, duduk diam-diam dapat keuntungan, akhirnya kena tipu.

* Akar pokok nangka yang sudah tua amat sesuai dan baik ( Berkualiti ) untuk diperbuat ukiran dan rangka gambar. " ( NANGKA oh NANGKA memang Hebat ) ".

* Dari Segi perubatan :-
- Orang China menganggap isi dan biji buah nangka berkhasiat dalam mengatasi masalah mabuk. Manakala daunnya dibakar bersama jagong dan abunya dicampur dengan minyak kelapa dijadikan ubat ulser dan bisul . * Getah nangka dicampurkan dengan cuka sebagai ubat merawat dan menurunkan bisa patukan ular atau binatang berbisa. . Akarnya direbus minum airnya dapat merawat cirit birit, demam panas dan asma. Jika anda terluka. ambilkan daun nangka dan panaskan ( layurkan ) kemudian tampalkan pada luka, ia merawat luka dengan pantas..

* Buah nangka yang masak boleh dimakan terus bagi menurunkan suhu badan sebagai julap dan tonik. Biji nangka boleh direbus dan dimakan sebagai pelawas kencing, buang angin. Manakala biji nangka mengandungi sumber vitamin B1 dan B2 yang bagus untuk menambah vitamin dan tenaga.

* Buah nangka yang masak boleh dibuat pengat, jem puri, aiskrim, bubur dan juga boleh dibuat arak jika diperam. Kulit dan jeraminya boleh dibuat mandai ( jeruk ) yang enak dimakan digoreng atau dibuat gulai

Dengan kreteria ini, saya menganjurkan atau memberikan pandangan kepada usahawan-usahawan tani . Gunaka daya kretiviti dan kekuatan dayafikir, renungkanlah kehebatan pokok dan buah nangka ini. Rasa-rasanya di Malaysia masih belum ada yang mempelopori Industri berkaitan nangka secara terperinci, selain hasil buahnya, chip nangka atau nangka muda di pasar-pasar.
Penanaman nangka amat sesuai di Malaysia dan lebih mudah daripada menanam pokok jati, gaharu dan lain-lain pokok buahan. kerana ianya tahan lasak

Daripada kepelbagaian, kelebihan dan kehebatan nangka ini, ambil lah kesempatan. Cetuskan dan ciptakan produk serta urusniaga berkaitan Nangka ohh Nangka ini. Rasanya persaingan masih tiada dan harapan untuk monopoli industri ini masih terbuka luas.

* Ada banyak lagi kelebihan-kelebihan nangka yang perlu didapatkan melalui sumber-sumber lain.

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "

Jika anda perlukan maklumat berkaitan industri Nangka boleh Email kepada : managro50@yahoo.com

Salam kehebatan dari managro

Diterbitkan pada: 30 Mac, 2010   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.