Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Strategi Jitu Memikat Walet.

oleh: matey     Pengarang : A. Hendri Mulia
ª
 
Buku ini memulakan dengan membezakan burung Walet Emas dengan burung Walet biasa atau dipanggil burung layang-layang. Pada permulaannya burung layang-layang hanyalah burung liar yang bersarang ditempat-tempat tertentu sahaja. Setelah harga sarangnya naik mendadak dan jumlahnya semakin berkurangan barulah cara ia dibela di temui. Kini, membela burung Walet Emas adalah satu perusahaan.

Dalam ini dihuraikan cara-cara membela burung Walet Emas dengan janji akan memberi pulangan yang paling lumayan. Suara burung Waletlah yang menentukan samada burung Walet lain akan datang atau tidak. Bunyi suaranya jugalah yang menentukan samada burung Walet lain akan dating untuk bersarang atau tidak.

Strategi yang lain juga akan di huraikan didalam buku ini. Strategi-strategi ini adalah hasil kajian para penternak burung ini yang sudah maju kehadapan seperti Negara China dan Vietnam.

Untuk mereka yang berminat, rumah dimana burung itu akan diternak mestilah di bina dahulu. Disinilah bermulanya cabaran merekabentuk, membina serta memasang peralatan-peralatan tertentu yang membolehkan usaha ini diteruskan. Proses pembinaan ini diterangkan secara berperingkat serta dibantu oleh gambar-gambar khusus.

Disamping menggunakan rekabentuk serta penggunaan bahan-bahan tertentu untuk mengawal suhu, faktor kelembapan juga diambilkira. Disinilah diterangkan tentang penggunaan air dan alat mengawal kelembapan. Tabiat burung Walet Emas yang gemar dengan kawasan yang banyak mengandungi, sayangnya, tidak ditelitikan. Penggunaan kolam yang mengandungi banyak air serta suhunya tidak diterangkan.

Makanan untuk menarik perhatian burung Walet Emas juga disediakan. Makanannya seperi ulat dan serangga patut juga disediakan. Begitu juga dengan penggunaan bau-bauan alam semulajadinya. Bahan seperti najisnya, baik baru mahu pun lama juga diaplikasi kerana amat membantu burung ini merasa tenang dan suka tinggal disesuatu tempat yang kita bina.

Pada bahagian akhir buku ini digunakan cara soal-jawab. Soalan serta keraguan yang selalu disuarakan oleh penternak-penternak burung ini dibentangkan didijawabkan oleh pakar tertentu. Apa yang menarik dalam buku ini ialah ketelitian yang dibantu oleh rajah-rajah yang mudah dimengertikan.

Keterangan dalam buku ini pastinya boleh diaplikasikan dimana sahaja saya.

Diterbitkan pada: 08 Januari, 2011   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.