Sebuah syarikat yang bernama
aeon kredit adalah salah satu syarikat yang memberi segala kemudahan pinjaman untuk pelbagai
kemudahan .Syarikat ini memberikan pinjaman seperti kenderaan, emas, pinjaman peribadi dan banyak lagi dengan kadar faedah yang telah ditetapkan.
Ramai orang di Malaysia telah mendapat faedah dari skim yang ditawarkan oleh syarikat
aeon kredit ini. Kebanyakan yang membuat pinjaman dari aeon ini adalah golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memenuhi keperluan peribadi ataupun keluarga masing masing.
Syarikat Aeon kredit ini mempunyai cawangan yang banyak di Malaysia dan amat mudah untuk berurusan sekiranya perlu , aeon kredit ini juga mempunyai kakitangan yang ramai dan berkelayakan untuk menjalankan operasi syarikatnya.
Tetapi dengan sistem yang canggih dan maju dizaman moden ini aeon kredit ini telah mendapat rungutan ramai kerana sekiranya pelanggan beliau terlewat membuat bayaran maka kakitangannya akan menelefon bertalu talu seolah olah pelanggan itu tidak mahu membayarnya , sekiranya pelanggan ini membuat bayaran tidak mencukupi maka kata kata yang agak kasar akan diluahkan kepada pelanggan ini .
Penulis beranggapan dan dipersetujui oleh pelanggan bahawa hanya sekali sahaja pelanggan ini akan berurusan dengan sistem aeon kredit ini.Seharusnya kakitangan aeon kredit ini lebih bersopan bercakap dengan pelanggan yang terlewat membuat bayaran kerana ini akan merugikan syarikat ini juga .