Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Entertainment>Wayang>TARIAN SEBAGAI IDENTITI SUKU KAUM DI SABAH

TARIAN SEBAGAI IDENTITI SUKU KAUM DI SABAH

oleh: nanakboy     Pengarang : nanakboy88
ª
 
Sabah yang juga dikenali sebagai "Negeri Di Bawah Bayu" adalah negari yang kedua besar di antara negeri-negeri di Malaysia. Sabah yang meliputi keluasan kira-kira 29,388 batu persegi terletak di tanah besar kepulauan Borneo bersama-sama Brunei, Sarawak dan Kilamantan Indonesia . Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama dan dikatakan lebih dari 30 suku kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui kebudayaan dan cara hidup mereka. Salah satu cara untuk mengenali suku kaum di negeri ini ialah melalui tarian kebudayaan. Sebanyak kira-kira 80 buah jenis tarian yang terdapat di negeri ini dan ianya sebagai identiti bagi setiap suku kaum. Setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian kebudayaan yang diwarisi turun temurun.
Suku kaum Kadazandusun adalah diantara suku kaum yang terbesar bilangannya diikuti oleh Bajau dan beberapa lagi suku kaum yang juga agak ramai seperti Murut, Rungus, Brunei, Bisaya, Iranun, Suluk, Idahan, Sungai, Kedayan, Bagahak, Lundayeh dan lain-lain. Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu. Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbedza-bedza mengikut daerah dan desa. Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasnya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi. Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik. Tarian Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau. Alunan suara tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir. Brunsai biasanya diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni. Adai-adai pula ialah tarian bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini merupakan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi. Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni. Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring". Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna. Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran. Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
Diterbitkan pada: 26 Mac, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.