• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Sains>Virus-virus Marin dan evolusi proses fotosintesis

.

Virus-virus Marin dan evolusi proses fotosintesis

oleh : Mariner    

Pengarang : Gil Zeidner dan diterjemah oleh Mariner
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Marine Viruses and the evolution of photosynthesis
Mikroorganisma marin memainkan peranan yang penting dalam alam marin. Di hampir seluruh lautan di dunia, produktiviti
utama marin dilakukan oleh sel-sel yang bersaiz lebih kecil dari 2-3 µm (pikoplankton). Suatu kajian tentang kepelbagaian pikofitoplankton telah dijalankan dengan mencipta degenerat DNA primer umum berdasarkan sempadan asid amino yang terpulihara  daripada protein D1. Gen penterjemah D1,psbA
, boleh dijumpai pada kedua-dua sianobakteria dan genom kloroplas alga serta tumbuhan peringkat tinggi dan digunakan secara meluas sebagai penanda filogenetik. Ketika menjalankan kajian ini, kewujudan sejenis kumpulan organisma berbentuk sianobakteria yang tidak dikultur telah dikenal pasti. Kajian tambahan yang melibatkan penggabungan perpustakaan kromosom tiruan bakteria (BAC) dan analisis data elektroporesis kecerunan nyahasli (DGGE) telah kaitkan gen pbsA
dengan kumpulan bakteriofaj marin. Satu perbandingan antara gen psbA
sianobakteria dan bakteriofaj mencadangkan bahawa wujudnya kumpulan monofiletik yang terdiri daripada persekitaran virus yang diamplifikasi PCR, urutan psbA DGGE dan klon-klon BAC, dengan penyingkiran mana-mana urutan sianobakteria yang dikultur. Berdasarkan analisis statistikal, kami mempunyai hipotesis bahawa segala urutan gen berfotosintetik yang membentuk kumpulan dalam fasa faj, adalah berasal daripada asemblaj elemen genetik mobil (MGE) daripada faj, profaj yang memberi kesan kepada evolusi fotosintesis sianobakteria marin  melalui mekanisma pemindahan gen sisi. Suatu analisis kuantitatif assemblaj DNA (aram-aram) daripada projek Sargasso Sea dan urutan senapang patah GOS telah dijalankan berdasarkan tandatangan motif sejenis asid amino untuk mengenalpasti faj-psbA
. Motif ini kemudiannya digunakan untuk menganggar kelaziman gen virus di persekitaran dan ekspresi pada sampel-sampel marin. Walaubagaimana pun, keputusan menunjukkan bahawa kumpulan gen virus fotosintetik mengandungi lebih separuh daripada jumlah kumpulan sianobakteria psbA , dan gen virus psbA yang digambar di persekitaran marin. Penulis juga berkesimpulan bahawa gen virus D1 digambar secara aktif di persekitaran marin dan mewakili kepelbagaian fungsi virus-virus. Protein yang diterjemah faj memainkan peranan secara langsung ke atas bakteria fotosintesis dengan menentukan tahap produktiviti fotosintesis di lautan (evolusi oksigen dan penggabungan karbon) dan mendefinisikan fungsi-fungsi faj yang mungkin di seluruh biosfera.
Diterbitkan pada: Ogos 13, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.