Rerumah Shvoong > Sains > PENGARUH KERISAUAN PELAJAR TERHADAP PENCAPAIAN

.

PENGARUH KERISAUAN PELAJAR TERHADAP PENCAPAIAN

Summary rating: 5 stars 1 Ulasan
Abstrak oleh : ijass
Lawatan : 234  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: November 05, 2007
Perubahan di dalam bahasa yang di gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menimbulkan pelbagai reaksi. Reaksi pelajar di dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran perlu di ambil kira bagi memastikan kaedah yang sesuai dalam menghadapi situasi yang timbul. Kajian ini adalah bertujuan untuk mlihat pengaruh kerisauan pelajar terhadap pencapaian matematik di dalam bahasa Inggeris di Kolej Matrikulasi Melaka. Sampel adalah terdiri daripada 265 pelajar-pelajar kolej yang terdiri daripada 100 pelajar Sains Hayat, 103 pelajar Sains Fizikal dan 62 pelajar Perakaunan. Kajian ini juga akan melihat sama ada terdapat perbezaan min kerisauan diantara jantina, bangsa dan jurusan. Analisis statitstik yang digunakan ialah ujian t, anova sehala, korelasi pearson dan analisis regressi. Dapatan kajian mendapati kerisauan mempengaruhi 18.1% pencapaian matematik dalam bahasa Inggeris. Cadangan-cadangan kepada tenaga pengajar supaya mengambil kira akan kerisauan pelajar di dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai juga disertakan. Peningkatan di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah amat penting di dalam memastikan kejayaan pelajar apabila berlaku perubahan di dalam kurikulum.

Abstrak lain tentang PENGARUH KERISAUAN PELAJAR TERHADAP PENCAPAIAN
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------