Rerumah Shvoong > Sains Sebenar > Mencegah Diabetes

.

Mencegah Diabetes

Summary rating: 2 stars 2 Ulasan
Pengarang : Carl Hampton
Abstrak oleh : Kimimaro
Lawatan: 131
Perkataan: 600
Diterbitkan pada: Januari 22, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada preventing diabetes
Kepada mereka yang menghidapi Diabetes di luar sana, adakah nama Avandia atau Altace mengingatkan ada kepada sesuatu? Kajian baru-baru ini menunjukkan kedua-dua jenis dadah tersebut mungkin dapat membantu iaitu dengan memberikan pencegahan tambahan kepada meraka yang "Pra-Diabetes"(Mereka yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda awal  diabetes atau mereka yang berisiko tinggi menghadapi diabetes), yang merangkumi hampir 40 juta daripada populasi kita. Sebanyak separuh bilangan mereka yang "Pra-Diabetes" ini akan menghasilkan penghidap diabetes sebenar dalam masa lebih kurang 3 tahun. Ini merupakan kajian yang terbesar mengenai pencegahan Diabetes, ditaja oleh Canadian Institutes of Health Research bersama dengan kompeni-kompeni lain berkaitan dengan farmaseutikal, seperti GlaxoSmithKline PLCwhich menghasilkan Avandia, dan Sanofi-Aventis SA dan King Pharmaceuticalswhich menghasilkan Altase. Avandia, juga dikenali sebagai Rosiglitazon, digunakan untuk mengurangkan risiko perkembangan Diabetes jenis 2 (Type 2 Diabetes), kepada lebih daripada separuh. Avandia juga mengawal jumlah gula di dalam darah supaya ia kekal di paras normal. Diabetes Jenis 2 adalah diabetes yang paling biasa dikesan di Amerika Syarikat sekarang, dengan 18 juta penghidapnnya, informasi ini boleh menjadi perkembangan yang besar! Satu lagi bahagian kajian tersebut, memberi penekanan terhadap Altace atau Ramipril yang bertindak sebagai pengubat tekanan darah dan ia juga membantu mengawal kandungan gula-darah. Matlamat kajian ini adalah untuk mencegah "Type 2 Diabetes" yang juga dikaitkan dengan masalah obesity (Kegemukan terlampau) , kegagalan fungsi buah pinggang, amputasi dan juga kematian! "Type 2 Diabetes" berlaku apabila badan secara semulajadinya tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak mampu menggunakan apa yang dihasilkan oleh tubuh secara efektif.
Kedua-dua Altace dan Avandia telah diuji ke atas sukarelawan dan sebilangan mereka tidak mengambil sebarang jenis ubat. Kajian menunjukkan kurang pesakit mati apabila mengambil Avandia berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Tetapi mereka yang secara sukarela mengambil Avandia, 14 daripada mereka telah mengalami kegagalan jantung, dan hanya 2 yang mengalami kegagalan jantung daripada mereka yang tidak mengambil sebarang ubat. Para pakar bagaimanapun meragui keputusan kajian tersebut kerana  mendapati sukarelawan yang terlibat telah kerap kali di beri nasihat tentang diet dan hidup yang sihat sebelum itu. Ini bermaksud, keputusan kajian ini akan berbeza sekiranya para sukarelawan terlebih dahulu tidak diberikan sebarang  nasihat dan bantuan perubatan. Walaubagaimanapun, ramai doktor yang berpendapat, bersenam dan mengamalkan kehidupan yang sihat adalah cara terbaik untuk mencegah Diabetes. "Kita tahu bahawa perubahan cara hidup sahaja sudah boleh mengurangkan risiko menghadapi Diabetes sebanyak 58%", kata Dr. Martin Abrahamson,Medical Director of the Joslin Diabetes Center di Boston. Dr.Abrahamson tidak terlibat di dalam kajian ini. Sumber artikal : ://www.articlecube.com
Mencegah Diabetes  oleh  Carl Hampton     
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.