Mencapai Laman Web Terhalang (Blocked Websites)
Summary rating: 2 stars
3 Ulasan
Lawatan:
45
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Februari 19, 2008
PELAYAN proxy (Proxy Server) ialah satu peringkat perantaraan yang melayani permintaan.
Contohnya untuk ftp, http atau apa jua bentuk permintaan di antara pengguna dan pelayan.
Secara ringkasnya, pelayan proxy akan bertindak sebagai wakil anda.
Pengguna akan dihubungkan ke pelayan proxy dengan permintaannya dan pelayan itu akan meman jangkannya ke pelayan sasaran, lalu membalas semula kepada pengguna.
Misalnya, anda meminta untuk mencapai laman web shvoong dengan menaip alamat URL http://www.shvoong.com. Permintaan itu akan melalui pelayan proxy sebagaimana yang sudah ditetapkan dalam perisian pelunsur web (browser) anda.
Pelayan proxy akan menghantar permintaan anda ke pelayan web shvoong yang mana selepas itu akan membalas semula ke pelayan proxy anda dan disambungkan terus ke komputer anda.
Pelayan proxy biasanya digunakan untuk menghubungkan permintaan di antara rangkaian persendirian dengan rangkaian awam, melayani permintaan dan pelbagai fungsi lagi.
Berikut adalah cara untuk mencapai laman web yang sudah dihalang ialah dengan menetapkan proxy dalam perisian pelunsur (browser software).
Sebelum itu hendaklah dicari dulu pelayan proxy awam dan pastikan alamat IP serta nombor pelabuhnya.
Cara mengubah tetapan proxy untuk Internet Explorer: 1. Klik Tools > Internet Options 2. Klik tab Connections 3. Klik LAN Settings untuk pengguna jalur lebar dan sistem rangkaian setempat (LAN), manakala Dial up untuk pengguna dail masuk.4. Klik ‘Use a Proxy server for LAN’ (Ketetapan ini tidak dipakai untuk penyambungan secara dail masuk atau rangkaian persendirian maya (VPN).5. Isikan alamat IP pelayan proxy dan nombor pelabuh 6. Klik ok.
Cara mengubah tetapan proxy untuk Firefox 2.x: 1. Klik Tools >Option>Advance>Network>Setting 2. Klik ‘Manual proxy configuration’ dan isikan alamat IP serta pelabuh pelayan proxy 3. Klik ok.
Berikut adalah senarai beberapa laman web yang menunjukkan cara-cara mencapai laman web yang telah dihalang:
1. http://myspace-anonymous-proxy.xtreview.com/
http://www.gostealthy.com/
http://www.hidehome.com
http://www.blockfilter.com/
http://www.hidemyass.com
http://sneakyuser.com
http://collegepie.com/proxy/index.php