Rerumah Shvoong > Sains Sebenar > Apa itu RAM?

.

Apa itu RAM?

Summary rating: 1 stars 5 Ulasan
Pengarang : jiraiya
Abstrak oleh : Kimimaro
Lawatan: 192
Perkataan: 300
Diterbitkan pada: Februari 19, 2008
RAM adalah singkatan kepada “Random Access Memory”, yang membawa maksud memori capaian rawak. RAM menyediakan ruang kepada komputer anda untuk membaca dan menulis data yang akan dicapai oleh CPU komputer anda (CPU – Central processing unit). Apabila seseorang merujuk kepada memori kepada sesuatu komputer, ia kebiasaannya memberi maksud kepada RAM.
Biasanya, komputer yang baru dibekalkan RAM yang mempunyai kapasiti sekurang-kurangnya 256 Mb, dan ini boleh dinaiktarafkan kepada 512 Mb atau 1 G (1000 Mb) atau lebih.
Sekiranya anda menambah lebih banyak RAM kepada komputer anda, dalam masa yang sama anda juga mengurangkan kekerapan CPU anda membaca data daripada hard disk anda. Ini boleh membenarkan komputer anda untuk berfungsi dengan lebih laju. Perlu diingatkan Ram adalah jauh lebih laju daripada pengunaan hard disk biasa.
RAM bersifat mudah berubah. Oleh itu, data yang tersimpan di dalam RAM hanya akan tersimpan ketika komputer anda sedang beroperasi. Sebaik sahaja komputer anda dimatikan (off), data di dalam RAM akan hilang.Apabila anda mengaktifkan semula komputer anda, sistem BIOS komputer anda akan menggunakan arahan tersimpan separa-abadi (stored semi-permanently) di dalam cip ROM (Read Only Memory) untuk membaca sistem operasi komputer anda dan juga fail-fail yang berkaitan daripada disk anda dan memuat mereka kembali ke dalam RAM
Apa itu RAM?  oleh  jiraiya    2008 
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.