Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Sains>7 LARANGAN SELEPAS MAKAN

7 LARANGAN SELEPAS MAKAN

oleh: Kimimaro     Pengarang : sarutobi
ª
 
7 larangan selepas makan Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda. Tindakbalas ini akan mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak dibenarkan selepas makan: 1. Jangan merokok: Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser. 2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan. 3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna. 4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat. 5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda. 6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan. 7. Jangan tidur: Jangan tidur sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus anda.
Diterbitkan pada: 19 Februari, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.