Alam ini penuh dengan perkara perkara ajaib Walaupun dizaman teknologi yang pesat menbangun, namun fenomena 'masa berulang'
atau 'waktu berputar kembali' sukar untuk dijelaskan.Secara teori miateri waktu berputar kembali diertikan sebagai waktu yang telah berlalu telah berulang kembali. Kembali ke masa lampau bukannya sesuatu yang mustahil, walaupun tiada orang yang telah mengalaminya secara sengaja setakat ini.Menurut teori Albert Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami dalam kecepatan cahaya.Jadi seandainya sesuatu benda bergerak dengan kecepatan 300.000km/saat ataupun 186.000batu sesaat, maka ruang dapat dipendekkan dan waktu dapat diperlambatkan.
Ada sebuah kisah pada awal 1994,sebuah pesawat penumpang itali melintasi ruang udara pantai Afrika, dengan tiba tiba sahaja pesawat tersebut hilang dari radar di menara kawalan. Ketika semua petugas di lapangan terbang tersebut cemas kerana menyangka pesawat itu telah terhempas , pesawat tersebut telah muncul kembali di ruang udara dan radar dapat mengesan kembali kordinat pesawat tersebut.Pesawat tersebut mendarat dengan selamat , seramai 315 penumpang tidak mengetahui yang mereka pernah 'hilang' pada waktu itu.
perkara tesebut telah diberitahu kepada kapten kapal namun kapten kapal merasa kehairan dan memberitahu yang mereka tidak pernah hilang pada waktu itu.Tetapi yang menjadi misteri dan membuat mereka semua percaya yang mereka pernah 'hilang' ialah ketika mereka semua melihat jam masing masing semuanya terlambat 20 minit.
Secara realitinya kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu.Secara teori tidak mustahil untuk kita kembali kemasa lalu.Menurut teori Einstien, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya.Jadi seandainya sesuatu benda bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik maka ruang dapat dipendekkandan waktu dapat diperlambatkan.
Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya . Menurut kajian apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi , daya medan tarikan graviti diubah ,menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Sehingga kini fenomena masa berulang tidak lagi menjadi misteri ,apa yang diperlukan adalah sebuah mesin yang boleh bergerak melampaui kecepatan cahaya , tiada yang mustahil dizaman ini, sama sama lah kita renungkan,,,,,