Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Sains>Keselamatan Bahan Radioaktif

Keselamatan Bahan Radioaktif

oleh: syahevolution     Pengarang : Gogurd
ª
 
KESELAMATAN BAHAN RADIOAKTIF
1.3 BAHAN RADIOAKTIF 
            1.3.1 Kelayakan Guru Sains 
            Guru yang hendak mengunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains sekolah hendaklah guru yang berpengetahuan dan berpegalaman dalam pengendalian bahan radioaktif. 
            1.3.2 Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif 
            Pembelian dan pengendalian sumber radioaktif hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
            Jubah makmal dan cermin mata keselamatan hendaklah dipakai semasa menjalankan eksperimen yang melibatkan bahan radioaktif. Kerja yang menggunakan cecair radioaktif hendaklah dijalankan di atas dulang atau talam. Selepas menjalankan eksperimen, tangan hendaklah dibasuh dengan sabun dengan bersih sebelum meninggalkan makmal. 
            Sumber radioaktif hendakalh sentiasa dikendalikan dengan pengepit dan jangan sekali-kali memegangnya dengan tangan. Pengunaan sumber cecair atau sumber yang lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut ( misalnya dengan menggunakan pipet dan botol basuh ). Sumber radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata. 
            Bahan radioaktif mestilah disimpan di dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif mestilah dilakukanoleh guru tertentu yang bertanggunjawab ke atasnya sahaja. Jika sumber radioaktif digunakan, maka sarung tangan keselamatn hendaklah dipakai. 
            Sisa-sisa radioaktif hendaklah dilupuskan mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( sila lihat cara-cara pelupusan ). 
1.3.3 Penyimpanan 
            Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam satu masa dan lazimnya jumlah keaktifan sumber tidak di benarkan 4 millicurie. Sumber radioaktif seperti strontium 90 atau mana-mana nuklid seperti radium tidak boleh digunakan kerana ia membebaskan zarah alfa. 
            Semua bahan yang dibenarkan penggunaannya hendakalah disimpan di dalam stor atau almari bertanda dan berkunci dan jabatan bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang bahan-bahan tersebut di dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah berasingan dan dos yang dikeluarkan dari dalamnya hendaklah dikira dan disukat serta ditanda padanya. Seseorang tidak boleh didedahkan kepada sumber radioaktif dengan tidak melebihi daripada 50 milirad setahun. 
            Jika kecurian atau kehilangan sumber radioaktif,   pihak polis, Jabatan Kimia dan Pengarah Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu serta-merta. 
            Semua sumber dan bekas radioaktif hendaklah dilabelkan dengan terang berserta dengan sumber berbahaya. Ia hendaklah disimpan didalam stor yang tersebut dan terkunci bila tidak digunakan. 
1.3.4   Kemalangan Dalam Makmal 
            Bahan-bahan lembabyang tumpah hendaklah dilap hingga kering . Dulang atau bekas  mengisi bahan tumpahan ini hendakalh dibasuh dengan sabun atau bahan pencuci. 
            Sebarang pencemaran di lantai, bangku atau lain-lain permukaan makmal hendakalh dibasuh dengan bersih dan diukur kekuatan keradioaktifannya. 
            Pakaian yang tercemar hendaklah dihantar kepada orang yang pakar dalam bidang teknik pelupusan ( seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital ) untuk tindakan selanjutnya.
Diterbitkan pada: 02 Disember, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 2. james

    pengendalian bahan radioaktif

    Syahevo.. ada maklumat yang kurang tepat mengenai pengendalian bahan radioaktif.

    0 Pengadaran 03 Januari 2011
  2. 1. syahevolution

    saya setuju.........

    saya setuju dgan apa yang anda katakan tentang keselamatan bahan radioaktif itu...

    0 Pengadaran 02 Disember 2008
X

.