Dalam usaha
untuk mewujudkan proses pembuatan di
Dalam loji atau kilang yang lebih berkesan dan terurus, sistem pembuatan memainkan peranan penting dan harus dipraktikkan secara konsisten untuk menangani ketidakseimbangan kehendak
produk di dalam pasaran, juga untuk memperkenalkan innovasi yang lebih baik. Lebih-lebih lagi, di dalam persekitaran industri di Malaysia, industri kecil dan sederhana (IKS) adalah penyokong atau penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Perhatian yang khusus harus diberikan kepada industri tersebut. Di samping itu, kesedaran kepada faedah penambahbaikan kepada sistem pembuatan di kalangan para usahawan IKS
bagi meningkatkan produktiviti dan mencapai matlamat syarikat. Projek Sarjana Muda
ini adalah untuk menentukan dan memberi cadangan tentang penyelesaian baru untuk rekabentuk
kaedah proses akhir bagi produk TRM Door Outer di bahagian penyudah di Sri Kota Rubber Manufacturing Sdn. Bhd.. Kaedah yang baru adalah sangat perlu bagi mengurangkan kitaran masa yang diperlukan untuk menyiapkan produk tersebut dalam erti kata meningkatkan produktiviti dan juga bagi mencapai target dan memenuhi permintaan pelanggan khususnya daripada Proton. Bagi mencapai matlamat ini, kaedah
Kajian Kerja digunakan dalam projek ini yang mana kajian ini dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Kajian Kaedah dan Pengukuran Kerja. Pencarian utama bagi projek ini adalah data berkaitan kitaran masa proses bagi setiap operator menyudahkan produk tersebut termasuk bilangan produk dan elemen kerja. Sebelum kajian ini dilakukan, proses ini dijalankan secara manual yang membebankan di mana masa yang diperlukan untuk menyudahkan produk tersebut adalah sangat lama. Selain itu, pencarian yang seterusnya dalam kajian ini turut melibatkan cadangan bagi menambahbaikkan kerja yang dilakukan dalam erti kata masa dan kaedah yang digunapakai.
Abstrak lain tentang Peningkatan Produktiviti menggunakan Kaedah Kajian Kerja untuk Pengeluar Automotif