Sepanjang tempoh dekad kedua Oktober 2007, hampir keseluruhan
kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan
hujan pada paras melebihi normal
hingga paras melebihi normal dengan kawasan di selatan Perak mengalami hujan pada paras jauh melebihi normal. Bagaimanapun, Sarawak mempunyai catatan hujan pada paras dibawah normal ke paras melebihi normal (kawasan persisiran utara Sarawak merekodkan hujan pada paras jauh dibawah normal). Sabah mempunyai hujan pada paras normal hingga jauh melebih normal pada tempoh ini. Selain itu, negeri-negeri di bahagian pertengahan hingga utara Semenanjung adalah lembap dengan
jumlah hujan tercatat di kawasan
ini antara 70 hingga 250 mm sementara pertengahan hingga selatan Semenanjung mempunyai jumlah hujan antara 30 hingga 70 mm. Di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak merekodkan jumlah hujan antara 30 hingga 212 mm dengan kawasan persisiran utara Sarawak dan sedikit kawasan di selatan Sabah mempunyai jumlah hujan 10 hingga 30 mm pada tempoh ini. Jumlah ini adalah membantu dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan jumlah hujan yang mencukupi. Bagaimanapun, bagi kawasan yang mengalami kelembapan tanah yang berterusan akan mempengaruhi pertumbuhan dan pembesaran akar untuk sesetengah tanaman. Merujuk kepada suhu, kebanyakan kawasan-kawasan tanah rendah di Malaysia mencatatkan pada paras normal dalam tempoh ini. Petaling Jaya mencatatkan suhu pada paras jauh dibawah normal manakala Kuala Krai dan Kuala Terengganu mengalami suhu pada paras dibawah normal. Sementara Mersing pula mencatatkan suhu melebihi paras normal. Bagaimanapun secara amnya, keadaan ini tidak memberikan kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan tanaman.
Abstrak lain tentang Meteorologi Pertanian