• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Sains>Agronomy - Agriculture>Kesan PERSEKITARAN TERHADAP PERKEMBANGAN FISIOLOGI POLIANTHES

.

Kesan PERSEKITARAN TERHADAP PERKEMBANGAN FISIOLOGI POLIANTHES

oleh : coby6776    

Pengarang : fuad ramli

Satu kajian fisiologi terhadap Polianthes tuberose L. untuk mengenalpasti kesan pengaruh persekitaran terhadap tumbuhan
ini bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan yang maksimum. Penyelidikan ini menggunakan empat perlakuan peratusan keamatan cahaya yang berbeza (iaitu pada keamatan cahaya 100%, 81%, 63%, dan 53%), dua kadar pengairan yang berbeza (sekali siraman dan dua kali siraman setiap hari), dan dua jenis baja yang berbeza (baja organik dan baja tak organik). Bagi kesemua perlakuan tersebut, terdapat tiga parameter yang di kaji terhadap pertumbuhan dan perkembangan Polianthes tuberose L. iaitu kandungan klorofil, ketinggian pokok dan bilangan daun. Data yang dicerap dianalisis menggunakan analisis varians (ANOVA). Berdasarkan analisis yang dijalankan, didapati bahawa keamatan cahaya, kadar pengairan dan pengaruh baja memberikan kesan yang signifikan terhadap parameter yang dikaji. Polianthes tuberose L. yang menerima keamatan cahaya yang paling rendah (53%) menunjukkan ketinggian pokok dan kandungan klorofil yang paling tinggi tetapi jumlah bilangan daun yang paling rendah. Polianthes tuberose L. yang berada di bawah pengaruh baja tak organik menunjukkan ketinggian pokok, kandungan klorofil dan bilangan daun yang lebih tinggi pada dua kali siraman berbanding dengan sekali siraman. Manakala Polianthes tuberose L. yang berada di bawah pengaruh baja organik menunjukkan ketinggian pokok, kandungan klorofil dan bilangan daun yang lebih tinggi pada sekali siraman berbanding dengan dua kali siraman.
Diterbitkan pada: Mei 10, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.