• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Sains>Agronomy - Agriculture>Tip PENJAGAAN POKOK FERTIGRASI

.

Tip PENJAGAAN POKOK FERTIGRASI

oleh : lalangserai    

Pengarang : MI
tips untuk mengenali serangan serangga:

1.serangan kutu trips dan aphids
daun muda kerinting
dan melengkung keatas.
buah akan berkeruping
2. serangan hamama (mites)
daun muda kerinting dan melengkung kebawah.
kedua-dua serangan akan meninggalkan virus yang akan menyebabkan pokok terencat dan sukar dikawal jika tidak dirawat dari awal. cara terbaik ialah buang pokok terlibat supaya tidak berjangkit ke pokok lain.
bakar pokok tersebut atau masukkan dalam bag plastik dan ikat ketat.
serangga tersebut tak boleh nampak dgn mata kasar. boleh dilihat jika guna kanta 10x atau 20x.
tips menyembur racun serangga/kulat:
1. nozzle yang perlu digunakan mestilah mengeluarkan kabus semburan yang halus. (macam penyembur nyamuk)
2.sembur keseluruhan daun atas dan bawah. kalu kulat mesti sembur sampai basah bhg yang kena serang.
3.waktu semburan yang baik adalah waktu senja sebab serangga datang waktu tu.
4.campur sedikit bahan pelekat agar racun tahan lama dan jika hujan turun racun boleh kekal di tempat semburan.
5.gunakan racun serangga/kulat yang sesuai mengikut jenis serangan.
6.racun perlu di tukar selepas 2-3 kali semburan untuk elak serangga/kulat rintang (tukar bahan aktif)
7.sembur seminggu sekali.
8.gunakan alat perlindungan diri semasa menyembur racun.
9.jangan sembur melawan arah angin.(jika ada angin).
saudara boleh melayari http://www.ipmofalaska.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang aphids/thrip/spider mites.
tips untuk mengawal serangan lalat buah:
lalat buah ni serang buah cili yang masak dan muda. jika kena serangan, kerosakan boleh mencapai 60-80%
tanda kerosakan buah ialah buah menjadi berair lembik,busuk dan gugur. jika koyak buah tu dapat lihat larva (ulat) dalam buah yang berwarna kuning. luar buah ada tanda bintik kena cucuk.
rupa lalat buah ni warna kuning belang hitam. sayap dia lut sinar.
serangan boleh di kesan 3 minggu selepas putik keluar.
cara kawalan :kutip semua buah yang kena serang dan masukkan dalam plastik.
guna sebatian methyl eugenol untuk menarik dan memerangkap lalat jantan. cara ini akan kurangkan kadar pensenyawaan.
cara buat perangkap:ambil botol air mineral dan potong buat tingkap. lebar 2 inci dan tinggi 1 inci.
campur methyl eugenol dengan air kedalam botol tu dan gantung kat lawasan pokok cili. lalat buah akan masuk dalam botol dan hisap cecair lalu mati.
atau:
dapatkan botol warna kuning terang. (minyak pelincir motor pun boleh). spray dengan NEOPACE (dalam bentuk semburan) pada permukaan botol kuning tu dan gantung pada kawasan pokok cili. lalat buah akan melekat pada permukaan botol tu sebab NEOPACE tu ada gam. guna warna kuning sebab serangga tertarik pada warna kuning.
tips merawat benih:
untuk mendapatkan anak pokok yang sihat dan kurang masalah benih boleh dirawat sebelum disemai.
masalah yang selalu dihadapi adalah lecuh anak benih.(pangkal anak pokok jadi lecuh dan terkulai.....mati)
rendam biji benih dalam air suam kuku dan campur dengan racun kulat(previcur/thiram/benomyl). boleh juga campur dengan hormon (atonik). tujuan direndam adalah agar kulat mati dan biji benih tu lembut sedikit dan senang bercambah. rendam dalam 5-6 jam/semalaman. toskan benih tu dan sedia untuk disemai.
medium semaian yang terbaik adalah peat moss. boleh guna cocopeat yang diambil serbuk halus sahaja dan perlu dicampur dengan baja fertigasi berkepekatan 1.2-1.5 EC (electric conductivity).jika guna cocopeat tanpa campur dengan baja fertigasi pokok lambat tumbuh sebab cocopeat tak ada baja.
kat Taiping holland peat dijual RM28 untuk satu bag 80 liter.
Diterbitkan pada: Jun 17, 2009
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.