Biodiversiti sudah menjadi perkataan yang tidak asing
lagi dalam perbincangan umum dalam golongan berintelak. Perkataan
saintifik ini
telah menjadi sinonim dengan masa kini oleh sebab kepentingannya kepada semua
ahli masyarakat dari pelbagai taraf sosial. Perkataan "biological"
dan "diversity" ini mula diperkenalkan oleh Norse dan McManus pada
tahun 1980 dan digabungkan oleh W.G.Rosen pada tahun 1985. Perkataan
biodiversiti merangkumi semua komponen hidup yang wujud di
bumi, dari kumpulan mikroskopik ke sub-mikroskopik. Bumi kita mampu menyokong
5-10 milion spesis haiwan dan
tumbuhan. hal ini merupakan hasil evolusi yang
berlangsung sepanjang 3 bilion tahun melalui rekombinasi dan pilihan semula
jadi. Perubahan iklim seperti dari Zaman Ais kepada Kala Panas atau musim
kemarau menekankan pilihan semula jadi dan seterusnya mengakibatkan evolusi dan
kewujudan spesis baru. Kedua-dua proses tersebut saling bergantung. Hidupan
yang wujud kini merupakan hanya 1%
daripada jumlah organisma yang pernah wujud
di planet ini. Setiap organisma memanfaatkan manusia secara langsung atau tak
langsung. Manusia telah mengekploitasikan organisma-organisma sebagai sumber
makanan, pakaian dan tempat berlindung. Banyak ubat-ubatan adalah hasil
daripada pelbagai mokroorganisma. Hampir 2500 spesis tumbuhan telah
dikulturkan, termasuk mikrobs dan organisma liar. Kita menggunakan kurang
daripada 0.3% daripada jumlah keseluruhan spesis tumbuhan. Maka, masih banyak
spesis belum digunakan dan kita sepatutnya memanfaatkan daripada spesis-spesis
tersebut. Tetapi, kita telah menggunakan hampir semua kumpulan tumbuhan,
daripada bakteria dan sianobakteria, kepada gimnosperma serta angiosperma.
Kemajuan dalam sains dan teknologi telah membawa satu vista tentang kegunaan
virus dalam mengawal perosak dan pemindahan genome melalui "fasa
Sederhana". Seperti hal yang disebutkan, semua kumpulan animlia telah
digunakan untuk menggantikan komponen rantai makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Mikroorganisma juga merupakan komponen penting dalam biosfera. Pembukaan hutan,
mahupun membersihkan lapisan litupan bumi atau menebang dan membakar hutan,
mengugat mikoorganisma yang bermanfaat. Jikalau tiada kewujudan bakteria,
actinomycete dan fungi, permukaan bumi akan bertukar menjadi sebuah tanah
perkuburan yang luas dan tiada tempat bagi penimbusan baru. Kebanyakan tumbuhan
daratan dan akuatik bertindak sabagai agen pembersih dan penapis bagi
pencemaran udara dan air yang disebabkan pembuatan manusia. Bagaimana jikalau
Penicillium pupus daripada permukaan bumi sebelum Sir Alexander Fleming
menggunakannya sebagai antibiotik atau Cinchona pupus sebelun kuinin ditemui
sebagai penawar bagi malaria? Kita tidak dapat memikirkan akibatnya.