Anda ingin mengkaji protin, DNA dan genom tanpa memasuki makmal? Anda ingin mengenal pasti bahagian bahagian tertentu gen dalam organisma yang ingin anda kaji? Jawapannya terletak pada bioinformatik. Bidang yang masih lagi dalam peringkat pengenalan di malaysia. Ia membabitkan penggunaan komputer bagi seorang ahli biologist. Jangan risau jika anda tidak pakar tentang komputer kerana buku ini sangat mudah difahami tetapi konteks buku ini tidak lari dari fakta yang sebenar. Ia memberikan anda maklumat terperinci dalam menggunakan peralatan bioinformatik dengan suasana yang lebih menarik dan lebih menyegarkan mata anda. Buku ini membabitkan penggunaan BLAST, clustalW, swissprot dan bermacam lagi. Semoga buku ini menjadi titik permulaan bagi anda yang berminat menjadi pakar dalam bidang BIOINFORMATIK.
Abstrak lain tentang bioinformatics for dummies