Summary rating: 3 stars
10 Ulasan
Lawatan
:
252
Perkataan:
300
Diterbitkan pada: Disember 15, 2007
Biologi merupakan
sains tentang hidupan. Pada masa lampau, ia
dikenali sebagai Sejarah
Semula Jadi (Natural History). Selalunya ia
dipecahkan ke
dan Zoologi. Sejarah Semula Jadi digunakan
dalam jangka masa yang agak panjang untuk menghubungkaitkan
morfologi, fisiologi, embriologi dan sejarah hidupan bagi spesis
individu. Sains Semula Jadi lebih bias kepada gambaran ,dibandingkan
dengan Fizik dan Kimia yang merupakan sains tulen. Sains Semula Jadi
tidak mengkagumkan sehingga Charles Darwin mengemukakan teori evolusi
dalam terbitan bukunya, Origin Of Species ( Asalan Spesis) pada tahun
1859 dan ia mengubah fikiran global. Hubungan antara pelbagai kumpulan
animalia dan plantae serta evolusi organisma kepada organisasi kompleks
dikaji. Pengenalan prinsip warisan oleh Mendel merupakan
perkembangan signifikan dalam sains semula jadi. Awak abad-20,
embriologi deskriptif diambil alih oleh embriologi kausal ( mengkaji
punca-punca) yang lebih dikenali sebagai Mekanik Perkembangan. Ini
diekori dengan Embriologikal Kimia. Beberapa ahli sains telah meneka
bahawa kromosom terlibat dalam warisan. T.H Morgan membuktikan fakta
tentang gen yang bertanggunjwab dalam warisan sesuatu trait terkandung
dalam kromosom. T.H Morgan dengan pelajar-pelajarnya seperti C.B
Bridges, H.J Muller, A.H Sturtevant dan T.H Dobzhansky telah menyumbang
terhadap perkembangan genetik secara signifikan. Persoalan yang tidak
dapat dijelaskan oleh Darwin seperti punca warisan dan kaedah variasi
diwariskan dapat dijelaskan sepenuhnya dengan teori Mendel dan Morgan.
Dengan demikian, maka wujudlah teori genetik dalam Pilihan Semula Jadi.
Julian S. Huxley menegaskan hal tersebut dalam Evolusi, Sintesis Moden
(Evolution, The Modern Synthesis)
Abstrak lain tentang Biologi- Sains Tentang Hidupan