Penjerapan CO di atas
permukaan polihablur
kuprum telah dikaji melalui sifat spektroskopiknya. Didapati CO
yang terjerap wujud dalam bentuk CO terjerap linear, Cu-COL dan merupakan bentuk CO terjerap yang dominan pada kepekatan CO yang rendah. Cu-COL bertukar
secara elektro-kimia ke bentuk CO terjerap secara jambatan, Cu-COB pada kepekatan CO yang tinggi. Penambahan penurapan permukaan CO,
qCO akan menambahkan kadar pembentukan CO terjerap secara jambatan. Kestabilan CO terjerap telah diuji secara pengolahan penyahjerapan melalui proses alih tukar gas nitrogen. Hasil kajian menunjukkan bahawa Cu-COB didapati masih kekal manakala Cu-COL telah terkeluar keseluruhannya dari permukaan kuprum. Ini mencadangkan bahawa pembentukan Cu-COL melibatkan ikatan secara lemah ke atas permukaan kuprum seperti jerapan fizik, sementara Cu-COB terlibat dengan ikatan yang kuat seperti jerapan kimia. Pengolahan alih tukar gas nitrogen juga memberi bukti tambahan bahawa sebahagian Cu-COB telah bertukar kebentuk kuprum(I) karbonil, Cu(I)-CO pada julat keupayaan anodik.
Abstrak lain tentang CO Terjerap dipermukaan Kuprum Polihablur dalam Larutan Tampan Fosfat