Kaca merupakan salah satu produk daripada industri kimia yang paling penting dalam kehidupan seharian. Masalahnya sejauh manakah pengetahuan kita tentang
bahan unik ini?. Di sini
adalah beberapa fakta penting tentang kaca.
Jika dilihat dari segi fizikal
Kaca adalah bahan cecair pada keadaan biasa.
ini disebabkan zarah-zarah silika tersusun berjauhan antara satu sama
lain seperti terdapat di dalam bahan cecair walaupun ianya wujud sebagai pepejal. Ini terjadi disebabkan proses penyejukan-lampau dilakukan sehinggakan susunan zarah-zarahnya tidak teratur. Dari segi kimia, kaca adalah paduan di antara bahan oksida bukan organik yang tidak meruap yang dihasilkan daripada tindakbalas penguraian dan peleburan alkali dan alkali bumi, pasir dan lain-lain. Kaca memiliki ciri-ciri yang istimewa berbanding bahan seramik yang lain. Sifat-sifat khusus kaca ini dipengaruhi oleh sifat-sifat silika (SiO2) dan proses pembuatannya.
Abstrak lain tentang Fakta Tentang Kaca (Bahasa Melayu)