Rerumah Shvoong > Sains > Kimia > Kompleks Gadolinium(III) dengan Dialkilditiokarbamat dan 1, 10 Fenantrolina

.

Kompleks Gadolinium(III) dengan Dialkilditiokarbamat dan 1, 10 Fenantrolina

Abstrak oleh : ijass
Lawatan : 141  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Oktober 05, 2007
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Gadolinium(III) Complexes with Dialkyldithiocarbamates
Satu siri kompleks logam gadolinium baru dengan dialkilditiokarbamat dan 1,10-fenantrolin telah berjaya disintesis secara “in-situ”. Hasil analisis  bersetuju dengan formula umum Gd3Phen (R’ = metil, etil; R” = butil, heptil, isopropil, isobutil, benzil dan sikloheksil; Phen = fenantrolina). Kompleks telah diciri dengan analisis unsur, spektroskopi inframerah, analisis termogravimetri, pengukuran kemagnetan dan pengukuran konduktiviti. Spektrum inframerah kompleks menunjukkan jalur tioureida n(C-N) berada di sekitar 1450-1490 cm-1, Manakala jalur tunggal n(C-S) pula berada di kawasan 959-1003 cm-1 dan jalur n(C-H) berada di kawasan 2853-2931 cm-1. Struktur hablur tris(N,N-metilbenzilditiokarbamat)(1,10-fenantrolin)gadolinium(III) menunjukkan sistem hablur triklinik (kumpulan ruang Pī) dengan geometri dodekahedron terherot dengan a = 11.04(6) Å,  b = 12.65(7) Å, c = 17.13(10) Å, a =73.86o(8) b =74.54o(8) g = 72.34o(8) and Z = 2. Tiga molekul ditiokarbamat dan satu molekul fenantrolina memebentuk ikatan kelat kepada atom Gd  secara bidentat.

Abstrak lain tentang Kompleks Gadolinium(III) dengan Dialkilditiokarbamat dan 1, 10 Fenantrolina
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------