Mangkin banyak
digunakan dalam bidang perindustrian, contohnya dalam
proses pempolimeran
etena memberi poli(etena), yang juga dikenali sebagai politena Apabila
ia baru dibuat oleh ICI pada permulaan
1950an, proses ini memerlukan tekanan 2000atm
dan suhu 573K. Pada masa penamatan
1950an, Karl Ziegler telah menjumpai
Mangkin yang membolehkan proses ini
dijalankan pada tekanan kurang daripada 50atm dan pada suhu 310-360K. Mangkin
yang digunakan
adalah campuran titanium (IV) klorida dan trietilaluminium,
tetapi maklumat yang tepat adalah rahsiah. Di Italiano, Giulio
Natta memperkembangkan sejenis mangkin yang serupa untuk proses pembuatan
poli(propena). Selain mempercepatkan proses pempolimeran ,ia juga menghasilkan
polipropena yang
mempunyai stereoskopik tersusun, di mana ia lebih tersusun
daripada susunan rawak rantai tepi metil. Dengan mengawal
nisbah berbagai jenis polimer dengan tepat, adalah berkemungkinan memanipulasikan
sifat-sifat hasil plastik (seperti ketumpatan, keteganagn, kekuatan dan
kemuluran.) kepada
sifat spesifik yang dikhaskan. Ziegler dan Natta mendapat
pingat Nobel pada 1963 bagi usahanya dalam proses pempolimeran bermangkin. Mangkin Ziegler-Natta mempunyai dua kepentingan. Yang
pertama :ia membolehkan proses pempolimrean dijalankan pada tekanan dan suhu
yang lebih rendah ; yamg kedua adalah ia menghasilkan polimer yang mempunyai geometri
yang tersusun di mana sifat ini mempunyai kesan terhadap sifat polimer.
Abstrak lain tentang Mangkin Ziegler-Natta