Indeks
lampau ungu suria (UVI) ialah
Indeks yang menerangkan paras sinar lampau ungu ke atas permukaan bumi. Nilai indeks ini berjulat dari sifar dan ke atas – lebih tinggi nilai indeks, lebih tinggi potensi berlakunya kemudaratan pada kulit dan mata, dan masa kemudaratan untuk berlaku
adalah kurang. Nilai indeks lampau ungu suria adalah berbeza sepanjang hari. Indeks lampau ungu (UVI) di bawah menunjukkan paras lampau ungu maksima sesuatu hari. Kebiasaan ini berlaku dalam tempoh empat-jam
sekitar tengahari suria di antara tengahari dan 2.00 petang. Indeks lampau ungu (UVI) adalah penunjuk yang baik untuk mengelak dari terdedah kepada sinaran lampau ungu pada tempoh paras lampau ungu maksima
Taburan pH bagi air
hujan di beberapa tapak terpilih semasa tahun 2005 bagi menentukan keadaan semasa keasidan air hujan dalam negara. Berdasarkan purata tahunan, pH air hujan di negeri-negeri barat laut dan timur laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dalam julat normal antara 4.8 ke 5.2. Walaubagaimanapun, air hujan di negeri-negeri baratan dan selatan dengan pengecualian kawasan Selatan Johor pada tahun 2005 agak sedikit keasidan dengan purata pH antara 4.4 dan 4.8. Kawasan Selatan Johor terutamanya kawasan Senai menerima air hujan dengan purata pH rendah dari 4.4.
Abstrak lain tentang Kajian Alam Sekitar