Buku Melaksanakan Pengurusan
Keselamatan Menyeluruh menyediakan liputan
yang komprehensif tentang segala maklumat yang diperlukan oleh pelajar dan pengamal untuk menjadi seorang pengurus, jurutera, juruteknik, penyelia, dan pekerja yang banyak pengetahuan tentang keselamatan menyeluruh dan kesihatan. Kerajaan menekankan agar peraturan keselamatan dan
kesihatan dipatuhi sepenuhnya. Pengguna mahukan produk yang selamat digunakan dan kemudahan tempat menerima perkhidmatan yang selamat. Pekerja memerlukan
persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi membolehkan mereka menyumbang khidmat terbaik. Akhir sekali, organisasi mahukan semua pekerjanya memberikan prestasi terbaik sepanjang masa supaya organisasi terbabit mampu berdaya saing
dalam pasaran global. Segala kehendak ini memerlukan pendekatan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh (TSM) bagi mengurus persekitaran kerja. Semua konsep asas tentang Pengurusan Keselamatan Menyeluruh dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku ini. Selain itu, perhatian khusus turut diberikan kepada tajuk penting berikut:
Model pelaksanaan TSM
Jawatankuasa Pemandu TSM dan peranannya
Fasilitator TSM dan peranannya
Pasukan projek pembaikan (PPP) dan peranannya
Penubuhan pasukan dan kerja berpasukan untuk keselamatan dan kesihatan
Pembaikan berterusan persekitaran kerja
Penyerahan kuasa kepada pekerja bagi memperbaiki persekitaran kerja
Perancangan strategi untuk keselamatan dan kesihatan
Mengenal pasti dan menghapuskan bahaya keselamatan dan kesihatan
Abstrak lain tentang Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh: Keselamatan, Kesihatan, dan Daya Saing dalam Pasaran