Melihat kepada perkembangan ilmu Sains dan Kejuruteraan
Bahan yang berkembang pesat, penulis lantas terpanggil untuk menulis satu daripada bidang Sains Bahan yang sangat berguna, iaitu bahan
amorfus. Walau bagaimanapun, oleh sebab bidang ini juga luas maka penulis telah mengecilkan skop isinya kepada aspek sains
fizik sahaja. Pun begitu, penggunaan aspek matematik tidak dapat dielakkan kerana ia dianggap sebagai bahasa fizik.
Buku ini mengandungi enam bab. Dalam Bab Pertama, pembaca dibawa untuk memahami takrifan bagi bahan amorfus itu sendiri selain didedahkan dengan enam kaedah menyediakan bahan amorfus. Selepas mengenali bahan tersebut, satu tajuk khas dalam Bab Dua, iaitu tentang
kaca akan disertakan. Tajuk ini dirasakan begitu penting kerana ia memberi pengetahuan termodinamik asas pembentukan bahan.
Struktur bahan pula dikemukakan dalam Bab Tiga. Ini meliputi struktur mikroskopik dan juga struktur makroskopik bahan. Beberapa permodelan struktur akan diketengahkan dalam bab ini. Sementara itu,
sifat optik bahan amorfus pula dibincangkan dalam Bab Empat. Bab ini membincangkan penyerapan cahaya oleh bahan dan dilihat dari pelbagai julat jarak gelombang.
Bab Lima menerangkan sifat pengangkutan bahan amorfus. Ini termasuk sifat konduktiviti arus terus, kekonduksian terma dan ionik dan Kesan Hall. Sementara, Bab Enam pula membincangkan amorfus
unsur bukan logam terutama daripada sifat fizikalnya.
Setiap bab disertakan dengan soalan latihan dengan tujuan untuk memahirkan pengetahuan asas yang berterusan. Jawapan kepada latihan tersebut juga disertakan di bahagian akhir buku.
BAB 1 PENGENALAN
Takrifan
Penyediaan bahan amorfus
BAB 2 KACATransisi kaca
Termodinamik pembentukan kaca
Sistem pembentukan kaca
BAB 3 STRUKTUR BAHAN AMORFUSStruktur mikroskopik
Struktur makroskopik
BAB 4 SIFAT OPTIK BAHAN AMORFUSSerapan antara jalur
Pinggir penyerapan urbach
Pinggir serapan infra-merah
Serakan raman
Indeks biasan
Pantulan
BAB 5 SIFAT PENGANGKUTAN BAHAN AMORFUSMuatan haba tentu, Cu
Konduktiviti elektrik arus terus
Kekonduksian terma bahan amorfus
Kesan Hall
Kekonduksian ionik
Kuasa terma (
Kesan Seebeck)
BAB 6 AMORFUS UNSUR BUKAN LOGAMBahan dan sifatnya
Amorfus oksida unsur bukan logam
Amorfus gabungan unsur bukan logam
Abstrak lain tentang Fizik Bahan Amorfus