20 Jawapan untuk Soalan-soalan Lazim
1. Adakah pembacaan abstrak di Shvoong melibatkan sebarang pembayaran?
Jawapan: Tidak.
2. Siapakah yang menulis abstrak di laman Shvoong?
Jawapan: Pengguna rawak yang menulis untuk menambahkan laman “sinopsis ilmu pengetahuan manusia” dan pada masa yang sama, menambahkan wang.
3. Bagaimana seseorang itu menerima royalti dengan menulis abstrak?
Jawapan: Apabila memasuki pilihan “Menulis abstrak”, butiran anda akan diminta termasuklah alamat e-mel (untuk pemindahan bayaran melalui PayPal). Pengguna perlu memilih sebuah buku atau artikel, kemudian menulis abstrak (berdasarkan garis panduan laman) dan menghantarnya. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun penulis abstrak. Bayaran yang dibuat adalah berdasarkan bilangan kemasukan halaman abstrak dan parameter kualiti.
4. Bagaimana jika tiada penyertaan?
Jawapan: Tiada bayaran.
5. Berapa banyak seseorang itu boleh mendapat keuntungan?
Jawapan: Sumber keuntungan Shvoong ialah pengiklanan. Pengurus laman ini mengagihkan sebanyak 10% daripada keuntungan kepada penulis abstrak bergantung pada bilangan kemasukan untuk setiap abstrak dan kualitinya. Sebagai tambahan, sesiapa yang menterjemahkan abstrak kepada bahasa lain akan menerima 5%, tertakluk kepada prinsip yang sama.
6. Bolehkah saya menterjemahkan abstrak yang dipaparkan di laman ini ke dalam bahasa lain?
Jawapan: Boleh, malah kami menggalakkannya. Penterjemah akan menerima 5% daripada keuntungan dari pengiklanan.
7. Bagaimana anda menghalang abstrak-abstrak dari ditiru?
Jawapan: Kami mempunyai perisian yang boleh membandingkan perkataan, ayat dan perenggan pada tahap identiti yang tertentu dan menyingkirkan teks yang disyaki ditiru.
8. Adakah sesiapa meneliti abstrak dari segi ketepatan saintifik, kebolehpercayaan umum atau ejaan atau kesalahan tatabahasa?
Jawapan: Tiada. Abstrak akan digred oleh pengguna sahaja. Berdasarkan penilaian ini, abstrak yang berkualiti tinggi akan dikekalkan dan yang berkualiti rendah akan disingkirkan.
9. Bolehkan saya membuat perubahan pada abstrak yang terdapat di laman ini?
Jawapan: Boleh, tetapi pada abstrak anda sahaja. Setiap penulis abstrak menerima kata laluan akses ke abstrak mereka sahaja dan hanya boleh membaiki dan mengemaskinikan abstrak mereka selagi mereka masih berada di laman ini.
10. Apakah yang akan mengelakkan saya dari menulis abstrak yang berkualiti rendah bagi mendapatkan wang?
Jawapan: Dua perkara. (a) Abstrak yang tidak bagus akan digredkan rendah oleh pengguna sehingga ia disingkirkan. (b) Peluang untuk abstrak yang sama mendapatkan royalti adalah rendah. Sebagai tambahan, Shvoong memberi perkhidmatan kepada populasi pembaca yang bijak dan ini merupakan galakan sebenar untuk menulis dengan baik.
11. Bagaimana saya boleh memasuki abstrak saya untuk membaikinya?
Jawapan: Anda perlu menggunakan kata laluan yang anda terima semasa menghantar abstrak pertama anda.
12. Bolehkah saya mengetahui banyak mana wang yang telah dikumpulkan dan bilakah ia akan dimasukkan ke dalam akaun saya?
Jawapan: Boleh. Setiap penulis mempunyai rekod yang memaparkan senarai abstraknya dan jumlah wang yang telah dikumpulkan. Sila rujuk pada pautan “butiran saya”.
13. Bilakah bayaran dibuat?
Jawapan: Pada hari pertama setiap bulan dengan syarat penulis abstrak mengumpulkan lebih dari $10.
14. Bagaimanakah anda menghalang penulis dari memasuki laman dan mengklik berulang kali pada abstrak mereka untuk meningkatkan jumlah wang yang terkumpul?
Jawapan: Komputer kami mengenal pasti kemasukan berganda dari sebuah komputer dan menyingkir pengguna yang disyaki itu.
15. Apa akan berlaku jika seseorang mengendalikan rangkaian pengklik atau penjenayah komputer?
Jawapan: Ia tidak akan menguntungkan mereka. Sistem keselamatan kami, lambat laun, akan mengenal pasti rangkaian itu dan sebagai tambahan, jenayah itu akan merugikan mereka.
16. Shvoong memfokuskan ke atas “Ilmu pengetahuan manusia” yang bagaimana?
Jawapan: Semua buku –buku penting (hasil kerja yang berdaftar) dan semua artikel saintifik yang ditulis sepanjang sejarah manusia termasuklah penyelidikan terkini yang dijalankan oleh institusi akademik di seluruh dunia bergantung pada pilihan pengguna.
17. Bolehkan saya menghantar abstrak tesis Sarjana atau Doktor Falsafah yang saya tulis berserta pautan kepada artikel itu sendiri?
Jawapan: Boleh, malah ia digalakkan.
18. Bagaimanakah anda menghalang pengguna daripada mengeluarkan abstrak saya untuk artikel saya dari laman ini?
Jawapan: Kami tidak akan menghalangnya. Mungkin pengguna rawak dapat meringkaskan artikel anda dengan lebih baik (selepas membacanya). Dalam mana-mana kes, orang ramai yang akan menilainya.
19. Jika saya mahu mencari nama buku yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain tetapi tidak sama dengan nama asal. Apa yang harus saya lakukan?
Jawapan: Semua nama buku dipaparkan juga dalam Bahasa Inggeris. Kami percaya anda boleh lakukannya.
20. Saya tidak mendapat jawapan untuk soalan saya. Di mana saya boleh menghantarnya?
Jawapan: support@shvoong.com