• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Merdeka ke-50... Negaraku gagah gemilang!

.

Merdeka ke-50... Negaraku gagah gemilang!

oleh : maRc07     

Pengarang : muhammad
Di manakah bendera malaysia?
Bulan yang menuntut individu bergelar rakyat Malaysia supaya menzahirkan patriotisme
dan menghayati erti kemerdekaan sebenar.
Dan sebut sahaja patriotisme, yang terlintas di fikiran ialah
kibaran Jalur Gemilang, perarakan, perbarisan dan laungan Merdeka yang
bergema memecah kesunyian pagi setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan
pada 31 Ogos.
Wujud semacam stereotaip seolah-olah itulah patriotisme atau kesetianegaraan.
Walhal ukuran patriotisme cukup subjektif dan amat luas ertinya.
Ia bukan isu politik atau gimik dan tidak sekadar semangat. Ia lebih
bersifat spiritual, rasa kecintaan yang mendalam, subur dan kental
kepada negara yang turut dicirikan oleh beberapa nilai seperti
kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan.
Menyemarakkan semangat patriotisme suatu hal tetapi menyayangi negara adalah hal yang berbeza.
Memadaikah dengan mengibar Jalur Gemilang pada kereta atau rumah
sebagai manifestasi patriotisme untuk membuktikan seseorang itu berjiwa
patriotik dan memahami erti sebuah kemerdekaan?
Bukannya setiap tahun negara kita
menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Kalau umur panjang, 50 tahun
akan datang, mungkin kita dapat menyambut kemerdekaan ke-100 pula.
Tetapi jangankan kemerdekaan tahun ke-100, ulang tahun jubli emas negara kali ini pun masih belum terpancar sinar keemasannya.
Menurut Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr
Rais Yatim, program secara besar-besaran akan dimulakan 17 Ogos ini
dengan pelancaran sambutan kemerdekaan dan kempen kibarkan Jalur
Gemilang di Dataran Pahlawan, Melaka.
Mengikut perancangan, sambutan akan berterusan sehingga 10 September.
Namun, tinjauan Bernama di ibu kota menyaksikan kehangatan yang begitu "membara" sewaktu awal tahun, semakin suam bahangnya.
MANA JALUR GEMILANG?
Tinjauan sepanjang minggu lalu di ibu kota, daripada
sebanyak-banyaknya bangunan pencakar langit yang megah bertapak di
Kuala Lumpur, hanya bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang
setinggi 32 tingkat di Jalan Raja Laut sahaja yang meriah dengan setiap
tingkat bangunannya dikibar Jalur Gemilang.
Manakala hotel-hotel terkenal serta pusat membeli belah ternama
dan kedua-dua bangunan tertinggi negara -- Menara Kembar Petronas dan
Menara KL, yang menjadi tumpuan pelancong nampaknya belum dijangkiti
"demam merdeka".
Susah sangatkah mengibar bendera sehinggakan Dr Rais Yatim
menggertak pemilik bangunan di negara supaya mengibarkan Jalur Gemilang
atau menghadapi hukuman gambar premis mereka disiarkan sebagai "tidak
patriotik" dalam media.
Malah untuk menggalakkan lebih ramai pihak mengibarkan Jalur
Gemilang, kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian cukai kepada
syarikat atau individu yang menyumbangkan lebih RM5,000 untuk membeli
Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan ke-50 nanti.
Apa yang diharapkan ialah kesediaan semua pihak yang kad
pengenalannya tertera warganegara Malaysia, serta mereka yang bahagia,
mewah dan bergembira di bumi bertuah Malaysia ini sama-sama menyertai
keghairahan sambutan 50 tahun merdeka.
INISIATIF BADAN KERAJAAN SAHAJA
Semua pihak baik rakyat mahupun pemimpin kelihatan begitu teruja
dengan sambutan ini namun setakat ini kerancakan sambutan hanya dirasai
di peringkat kementerian dan jabatan kerajaan sahaja.
Contohnya, Kementerian Penerangan, menerusi agensi-agensinya telah
merangka lebih 500 aktiviti bagi memeriahkan sambutan ulang tahun
kemerdekaan ke-50 hingga akhir tahun ini. Setakat bulan Mac, sebanyak
101 program telahpun dilaksanakan.
Antaranya laporan khas Merdeka dalam segmen berita televisyen dan
radio, pameran 50 tahun Pendakian ke Puncak Emas, dokumentari "Tunku
Bapa Kemerdekaan" dan Kuiz Negara.
Meskipun kerajaan pusat telah memperuntukkan RM7.1 juta kepada 219
kawasan parlimen seluruh negara untuk membiayai sambutan kemerdekaan,
jumlah tersebut masih belum memadai jika diukur dengan nilai 50 tahun
kemerdekaan.
Walaupun peruntukan tersebut sederhana, setidak-tidaknya ia mampu
menanggung kos mencetak dan mengibar Jalur Gemilang, serta kain rentang
yang tertera logo dan slogan sepanjang jalan-jalan utama.
Justeru suntikan daripada syarikat-syarikat swasta sebagai satu
tanggungjawab sosial sekaligus menunjukkan semangat patriotik mereka
sangat diharapkan.
Sektor swasta telahpun diberi tanggungjawab untuk memberikan
komitmen lebih besar dalam sambutan kemerdekaan kali ini selain
memberikan sumbangan di dalam program dan menyediakan peralatan atau
material.
Kita sedia maklum bukan tidak ada syarikat swasta yang menunjukkan
komitmen mereka, namun secara lahiriahnya usaha mereka masih tidak
nampak jelas di mata melainkan oleh syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan seperti Proton, Petronas dan Telekom Malaysia.
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
Masih ramai lagi individu yang belum mengibarkan Jalur Gemilang baik di rumah mahupun pada kenderaan mereka.
Adakah mengibarkan bendera kebangsaan itu satu perkara yang sukar atau memalukan?
Pujian kepada wira-wira negara yang telah berjaya menamatkan
beberapa ekspedisi sempena sambutan kemerdekaan tahun ini seperti
Merdeka de Everest 2007 dan Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Pemuda
UMNO.
Mereka adalah golongan warganegara yang bersemangat tinggi mahu
mengharumkan nama negara serta sanggup menghadapi kesukaran membawa
Jalur Gemilang ke puncak dunia.
Penat lelah mereka bagaikan tidak berbaloi apabila di Malaysia,
rakyatnya sendiri tidak mampu dan mahu mengibarkan bendera tersebut.
Kalau kita perhatikan juga, yang berani dan sudi mengibarkan
bendera biasanya mereka yang memiliki kereta tempatan kategori
sederhana sahaja.
Jarang benar hendak berjumpa kereta import dan berjenama mewah
yang sanggup mempamerkan semangat patriotik mereka. Selalunya alasan
mereka -- pelekat pada bendera mini ini akan ''mencemarkan'' kereta
mereka.
Manakala kumpulan yang nampak bersungguh-sungguh dan seronok
memegang dan mengibarkan Jalur Gemilang hanyalah anak-anak di sekolah.
Sebagai menunjukkan kesetiaan, perpaduan dan patriotisme,
mengibarkan Jalur Gemilang adalah satu simbolik kecintaan kita kepada
tanahair.
KESETIAAN TERHADAP NEGARA
Walaupun sambutan hanya akan dilancarkan pada 17 Ogos, tidak
bermakna kita perlu menunggu hingga tarikh tersebut untuk membuka
langkah.
Masing-masing perlu sedar sambutan tahun ini bukan sambutan biasa tetapi ia adalah sambutan kemerdekaan ke-50!
Meskipun kita tidak lagi perlu berjuang menuntut kemerdekaan,
tetapi menunjukkan penghargaan terhadap perjuangan menuntut dan mengisi
kemerdekaan adalah tanggungjawab kita semua.
Ini tidaklah bermakna kita perlu taksub dengan ciri-ciri luaran
sahaja. Tetapi apalah ertinya semangat kemerdekaan kiranya ia tidak
dimanifestasikan secara fizikal?
Apa yang kita perlukan ialah kesedaran masyarakat Malaysia untuk
menghargai nilai kemerdekaan dan menunjukkan kesetiaan mereka terhadap
negara.
Bukan sekadar meletakkan tanggungjawab tersebut pada pihak kerajaan semata-mata.
Selepas 50 tahun kita berusaha mengisi kemerdekaan, kini sudah
tiba masanya untuk kita melangkah ke era memartabatkan apa itu
perkataan "kemerdekaan".
Seperti kata dalam satu iklan merdeka Petronas. "jalan mesti ke depan".
Diterbitkan pada: Ogos 18, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.