Nurseri di tempat kerja satu keperluan
LAPORAN khas Berita Harian, semalam mengenai keperluan pusat jagaan kanak-kanak
atau nurseri di tempat kerja harus diberi perhatian
sewajarnya oleh pihak kerajaan dan majikan sektor swasta.
Setiap kanak-kanak berhak menjalani kehidupan sejahtera,
mendapat perlindungan daripada segala perkara tidak diingini dan yang paling utama ialah mereka berhak mendapat kasih sayang sewajarnya daripada ibu bapa sendiri. Kita tidak mahu anak apabila dewasa kelak menjadi liar, tidak berpelajaran dan menderhaka kepada orang tua kerana tidak mendapat cukup bimbingan dan asuhan sejak kecil.