Aznil hj Nawawi merupakan seorang
pengacara yang cukup terkenal
di Malaysia. Kebijakannya
dan keberkesanannya dalam mengendalikan sesebuah
rancangan di televisyen merupakan kelebihan yang dimilikinya daripada
pengalaman selama 17
tahun begelumang dalam dunia pengacaraan. Beliau
dilihat sebagai seorang yang dapat menjiwai setiap skrip yang diberikan
dalam sesebuah rancangan. Usia Aznil yang telah mencecah 45 tahun pada
tahun 2007 tidak membataskannya untuk
terus beraksi lincah di atas
pentas bagi menghiburkan penonton serta memastikan rancangan yang
diacarakan berjalan dengan lancar. Kini, beliau mempunyai peminatnya
sendiri yang terdiri daipada golongan kanak-kanak hinggalah kepada yang
bergelar nenek. Pada zaman remajanya, Aznil menjalani sehidupan seperti
remaja lelaki yang lain, penuh dengan suka duka yang menjadikan dirinya
seorang yang tabah dan penuh bersemangat. Beliau telah melanjutkan
pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang ekonomi. Bagi Aznil, dia
akan terus berkarya selagi ada tenaga dan idea-ideanya diterima ramai.
Tiada istilah bersara dalam hidup Aznil. Usia bukanlah penghalang
baginya untuk terus berkarya.
Ringkasan lain tentang Aznil pengacara berjiwa muda