Tips bagaimana menghadapi masalah
Summary rating: 3 stars
4 Ulasan
Lawatan
:
222
Perkataan:
600
Diterbitkan pada: Disember 31, 2007
Tips Bagaimana Nak Keluar Dari Masalah
Bila Anda di landa masalah, jangan sesekali menumpu fikiran pada
masalah tu, sebab lebih banyak masalah yang akan timbul kerana ia akan
ditarik oleh gelombang minda Anda. Walau macam mana beratnya masalah
yang melanda, ketahuilah ada lagi orang lain yang lebih berat
masalahnya dari Anda.
Ini beberapa tips yang Anda boleh aplikasikan:
1. Tumpukan Pada Penyelesaian Masalah
Tanya diri Anda apa cara yang Anda boleh gunakan untuk mengurangkan
masalah dan tanya diri Anda apa yang Anda boleh buat sekarang untuk
menyelesaikannya langkah demi langkah.
Ingat! Fokus pada penyelesaian sahaja.
"Semua Apa Yang Pernah Berlaku Di Masa Lalu
Takkan Pernah Sama
Dengan Apa Yang Berlaku Di Masa Sekarang
dan Di Masa Hadapan."
Yang dulu-dulu tu doesn''t matter, fokus pada masa sekarang, hari ini
dan
hari-hari seterusnya.
2. Strategi Di Atas Kertas.
Cara lebih baik, ambil kertas dan pen lalu tuliskan strategi Anda.
Letak bila Anda mahu mula bertindak untuk menyelesaikannya.
Sebab, kalau hanya bermain di dalam minda, Anda akan lupa dan ini
membuatkan fikiran Anda semakin fokus pada masalah tu, bukannya
penyelesaian masalah.
3. Bertenang, Relaks
Cuba tenangkan diri dan jangan rasa terlalu tertekan. Sebab, bila ada
tertekan dan rasa geram sebab diri Anda di landa masalah, minda takkan
dapat memberikan idea-idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah Anda, tak kira masalah kewangan, perhubungan, kerjaya atau
perancangan yang gagal.
Jangan selalu blame diri sendiri, jika Anda berbuat begitu Anda dalam
masa yang sama memandang rendah pada diri sendiri, keupayaan kuasa
minda Anda dan daya getaran spiritual Anda. Kesannya, keupayaan Anda
terhad!
Cara terbaik, ibaratkan minda dan diri Anda sendiri sebagai sahabat
karib dan berkawanlah serapat mungkin dengannya. Puji dia dan
ibaratkan sebagai seorang yang sudi membantu, bila Anda selalu buat
begini, banyak idea yang akan timbul, seperti yang terjadi pada saya.
4. Bertindak
Dari merangka strategi tadi, sekarang Anda perlu bertindak dengan
aktif, bukan tak buat apa-apa. Terapkan mindset seorang juara, di mana
Anda tekad takkan mudah mengalah. Be a warrior! Untuk mencipta
perubahan, Anda perlu merubah tindakan dan mindset Anda yang ada
sekarang ini.
Jadi, untuk keluar dari kongkongan masalah, Anda perlu cipta
perubahan, sebab ia perlu untuk dijadikan pencetus tindakan Anda
melepaskan diri Anda dari masalah. Untuk mencipta perubahan, Anda
perlu berubah dari segi mental, perasaan, pemikiran dan tindakan.
5. Konsisten, Fleksibel dan Sabar.
Sabar sikap paling penting dalam usaha penyelesaian masalah. Kalau tak
sabar, jalan mudah adalah terperap dalam masalah tu dan membiarkan
diri Anda terus dirundum masalah. Nak ke? Saya pasti takde siapa yang
nak.
Seterusnya, usaha dengan konsisten. Misalnya, jika masalah kewangan
Anda belum selesai dan Anda cuba menyelesaikannya dengan menjual eBook
lalu eBook Anda pula tak mendapat sambutan, kaji di mana silapnya dan
cuba lagi dengan cara yang baru, teknik baru, strategi baru.
Itulah yang dimaksudkan dengan fleksibel, maksudnya Anda merubah
strategi mengikut keadaan dan Anda perlu pandai membaca peluang.
Paling penting, usaha banyak kali dan bertawakkal sepenuhnya (LET GO)
selepas itu.
Ringkasan lain tentang Tips bagaimana menghadapi masalah