Rerumah Shvoong > Seni & Kemanusiaan > Kekuatan Berfikiran Positif (The Power of Positive Thinking)

.

Kekuatan Berfikiran Positif (The Power of Positive Thinking)

Summary by : notarazi
Lawatan : 100  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 21, 2008
Setiap hari, kita bertemu dengan keadaan yang kadangkalanya membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Adakah kita patut merasa putus asa? Penulis berpendapat tidak sepatutnya begitu. Kita tak sepatutnya dilemahkan oleh apa-apa jua pun. Kita sepatutnya menenangkan fikiran dan menjana semula tenaga. Ringkasnya, kita seharusnya menikmati keseronokan hidup dan kepuasan darinya. Adalah menyedihkan apabila mendapat tahu sebahagian manusia mudah berputus asa dengan masalah atau kerumitan hidupnya.Penulis tidak menolak bahawa sesetengah cabaran hidup memang sukar untuk diatasi. Bagaimanapun,cabaran ini tidak sepatutnya menganggu aspek hidup yang lain. Anggaplah ia seperti batu yang boleh dipecahkan kepada serpihan kecil; akhirnya serpihan ini tidak lagi rumit untuk diselesaikan dan kita akan berjaya melalui cabaran tadi.Soalnya bagaimanakah kita hendak merasai keseronokan, kepuasan dan ketenteraman hidup ketika cabaran melanda? Jawapannya adalah dengan berfikiran positif. Ingatlah bahawa minda kita yang sebenarnya menguasai diri kita.

Ringkasan lain tentang Kekuatan Berfikiran Positif (The Power of Positive Thinking)
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------