Rerumah Shvoong > Seni & Kemanusiaan > Cara Paling Mudah Untuk Kaya (The easiest way to get rich)

.

Cara Paling Mudah Untuk Kaya (The easiest way to get rich)

Pengarang : dsg
Summary by : notarazi
Lawatan : 70  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Januari 22, 2008
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada The easiest way to get rich
1. Cari kerja yang bergaji besar
Kaedah ini memerlukan masa dan usaha yang besar tetapi memang menjamin pulangan yang baik. Tidaklah menghairankan jika anda ditawarkan gaji yang sebesar USD100,000 sekiranya anda mempunyai apa yang diperlukan mereka. Malah, penulis telah menulis artikel "bagaimana mendapatkan gaji USD100,000 setahun" bagi mereka yang ada cita-cita ke arah ini.

2. Dapatkan nasihat pengurusan cukai
Macammana pandai sekalipun anda membuat duit, sudah tentu nantinya ia akan mengalir keluar semula terutamanya melalui bayaran cukai. Hampir 30% pendapatan mengalir keluar melalui bayaran cukai.

3. Jimat 20% dari pendapatan anda
Simpan 20% terus ke dalam bank sebaik sahaja anda menerima bayaran gaji. Ia boleh dibuat secara otomatik melalui "Standing Order". Jangan campur-aduk akaun perbelanjaan dan akaun simpanan. Anda pasti akan selamat.

4. Laburkan simpanan anda
Laburkan ke dalam 3 jenis harta; saham, bangunan dan pasaran wang. Masukkan jumlah yang seimbang bagi setiap harta agar risiko anda dapat diimbangkan. Kalau anda masih muda, hal ini boleh dilonggarkan dan anda boleh mencuba pelaburan yang lebih tinggi risiko (tapi tinggi pulangannya).

5. Laburkan lagi hasil perlaburan anda
Laburkan semula hasil pelaburan sedia ada untuk menggandakan lagi kesannya.

6. Jangan sentuh pelaburan anda dan lupakan sahaja kewujudannya
Kelak akan berlaku berbagai keadaan di dalam pasaran pelaburan. Akan ada tawaran-tawaran menarik. Akan ada kejutan dll.

Jangan endahkan.

Teruskan simpanan 20% pelaburan anda. Adakalanya nilainya naik dan adakalanya nilainya turun. Tapi sudah pasti, dalam tempoh yang panjang, ia akan naik juga.

7. Tunggu selama sedekad
Buat seperti apa yang disebutkan di atas dan dalam tempoh sedekad, anda akan jadi kaya. Mungkin tidak lah seperti Bill Gates, tetapi pastinya anda akan termasuk dalam senarai 20% mereka yang kaya.

Itulah caranya. Bukan cara pantas atau glamor, tapi paling senang. Inilah cara kebanyakan orang membina kekayaan.


Ringkasan lain tentang Cara Paling Mudah Untuk Kaya (The easiest way to get rich)
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------