Rerumah Shvoong > Seni & Kemanusiaan > Adakah anda percaya

.

Adakah anda percaya

Pengarang : asavantil
Summary by : asavantil
Lawatan : 36  Perkataan: 300   Diterbitkan pada: Februari 25, 2008
Adakah anda percaya bahawa Yesus adalah Tuhan? Kira-kira setahun yang lepas, saya mengalami satu penyakit yang doktor pun tak tau apa penyakit tu. Penyakit itu seperti kekurangan kalsium dalam badan. Tetapi apabila doktor buat pemeriksaan dan ujian, keputusan adalah negatif. Dalam tempoh 24 jam dari bermulanya penyakit itu, saya sudah tidak mampu berjalan lagi. Saya fikir, saya akan menjadi lumpuh. Saya hanya mampu menangis dan berdoa kepada Tuhan mohon pengampunan dan belas kasihan. Saat penyakit itu menguasai tubuh saya, saya tidak mampu untuk bangkit dari tempat tidur mahupun mengalihkan sebarang kedudukan anggota tubuh saya kerana terlalu sakit untuk melakukannya.oh, hanya Tuhan yang tau penderitaan saya. Ibu saya menasihatkan saya agar mohon bantuan doa dari pastor dan pemimpin gereja pada hari minggu (masa tu hari jumaat). Tapi, saya berfikir jika saya tunggu sehingga hari ahad, tentu saya sudah menjadi semakin sangat teruk. Jadi saya ambil keputusan untuk tidak menunggu sehingga hari ahad. Malam itu juga saya minta pastor gereja kami untuk berdoa bersama-sama minta kesembuhan daripada Tuhan Yesus. Saat pastor meletakkan tangannya di atas lutut saya, dan berdoa penyembuhan dalam nama Tuhan Yesus dan kuasa darah Tuhan Yesus, saya mula berpeluh dan kaki saya mula bergegar. Saya merasa ada suatu aliran kuasa yang mengalir di kaki saya. Saya merasakan kesakitan itu sedang mengalir keluar dari hujung kaki saya. Selepas kami berdoa, dengan serta merta saya sudah boleh berjalan dan melompat. Bayangkan saudara, dari keadaan saya yang hanya terbaring di atas katil, kini saya boleh berjalan dan melompat. Saya melompat sambil menangis dan bersyukur atas perbuatan Tuhan yang sungguh ajaib. Saya percaya bahawa kesembuhan itu adalah datang daripada Tuhan. Sungguh nyata kebenaran Firman Tuhan bahawa nama dan darah Tuhan Yesus ada kuasa. Apa yang perlu dari kita ialah hanya PERCAYA.

Ringkasan lain tentang Adakah anda percaya
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Ringkasan lain oleh asavantil

More

Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------