Sejak kebelakangan ini, kes kecurian, pecah rumah, ragut
dan berbagai-bagi
kes jenayah sering menjadi salah satu berita di dada akbar, media electronik
dan sebagainya. Apabila mendengar
atau membaca berita sedemikian, apakah tindak
balas atau reaksi anda?
Mungkin anda simpati dan marah kepada penjenayah atau
langsung tiada perasaan? Pernahkah anda terfikir jika anda dalam situasi sedemikian
iaitu, mungkin
rumah anda dirompak atau diragut? Adakah anda dapat membayangkan
bagaimana perasaan anda jika apabila anda balik ke rumah, anda mendapati rumah
anda telah dipecah masuk dan semua barang berharga telah dicuri? Keadaan ini
mungkin membuatkan anda terkejut, ketakutan, sedih dan sebagainya. Mungkin ada
yang mula melempiaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata sumpahan,
kutukan, minta bantuan bomoh dan sebagainya. Tapi adakah reaksi seperti ini
yang paling tepat selain membuat laporan polis? Peribadi yang percaya, mengenal
dan mengasihi Tuhan Yesus,
akan bertenang dan terus berdoa. Bersyukur atas apa
yang telah terjadi. Harta yang hilang adalah berupa sementara sahaja, tetapi
kasih Tuhan tidak akan pernah berkesudahan.
Saya pernah melalui pengalaman ini.
Hati yang mengampuni sungguh berkuasa untuk dipakai Tuhan memberikan damai
dalam hati kita. Saya berdoa semoga semua orang yang terlibat dalam rompakan
rumah saya akan menerima dan mengenal Tuhan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Amen.
Ringkasan lain tentang Pengampunan sejati