Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Kelebihan Bismillah

Kelebihan Bismillah

oleh: Louder     Pengarang : Muslim
ª
 
Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan
keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang
bermaksud : " Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa
dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari
rahmat Allah s.w.t. " Dalam satu hadis lain juga
dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah
kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang
bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam
buku amalannya 400 kebaikan." Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai
khasiat lain. Antaranya adalah :- 01. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan
lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah,
kesusahan, penyakit akal dan bebal. 02. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah
sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman
dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang
mengejut dan sebarang bencana. 03. Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak
bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi
orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga
anak-anak yang soleh. 04. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka
hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada
telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali
siuman dengan serta merta. 05. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali
dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100
kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan
mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan
menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali. 06. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali
lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada
seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum
matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan
insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang
didengarnya. 07. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali
dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka
dia akan segera tunduk atau ketakutan. 08. Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu
diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu
akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang
bencana. 09. Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t
maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan
Jumaat. Kemudian pada hari Jumaat itu, dia mandi sunat
dan berwuduk sebelum berangkat untuk sembayang Jumaat
dengan bersedekah semampunya. Selepas sembayang Jumaat, dia hendaklah membaca
satu doa yang bermaksud : Ya Allah, Sesungguhnya aku
memohon kepada-mu dengan nama-Mu, dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang tiada
Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan
yang terang, Dialah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. " Aku mohon kepada-Mu dengan namu-MU dengan nama
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, yang
tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan tidak pernah
mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir hayat). Dialah
yang penuh kebesaran-Nya di langit dan di bumi. " Dan aku memohon kepada-Mu dengan nama-Mu, dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
yang melutut kepadanya setiap wajah, tunduk kepada-Nya
riqab (tengkok) dan khusyuk bagi-Nya setiap hari
kerana terlalu takut, dan mengalir kerana-Nya air
mata, berilah selawat serta salam, kepada penghulu
kami Muhammad s.a.w. keluarga dan sahabatnya, dan
berilah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa
aku hajatkan ....... " Insya-Allah apa yang menjadi hajatnya pasti akan
dikabulkan oleh Allah s.w.t. dengan segala keizinan
dan keagungannya. 10. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan
dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan
luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka
hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan
memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang
bererti : " Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan
kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah keatasku
perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu.
Mudahkalah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian
makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas
setiap sesuatu" 11. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh
diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali
lalu diberi air diberi minum kepada orang yang
berpenyakit dan orang yang terkena cubaan. 12. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah
ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas
kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu. 13. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya
dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca
Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat
dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap
kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian,
mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya,
insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman
dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah. 14. Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak
50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke
depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada
sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya,
hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
Diterbitkan pada: 08 April, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 1. hatimiraallah

    hatimira@yahoo.com

    Fikir sejenak,berapa banyak ilmu yg kita ada & berapa bamyak yg kita amalkan...

    0 Pengadaran 30 Oktober 2011
X

.