Rerumah Shvoong > Kemanusiaan > Lanjutan Adab Bersenggama - 'Afterplay'

.

Lanjutan Adab Bersenggama - 'Afterplay'

Pengarang : Bawang Goreng
Review by : nar1306
Lawatan: 5
Perkataan: 900
Diterbitkan pada: Mei 08, 2008





Seringkali pasangan suami isteri lebih menekankan apa yang harus dilakukan sebelum memulakan hubungan intim. Pakaian seksi, pemanasan, aromaterapi untuk kamar tidur yang mampu membangkitkan perasaan, cerita romantik dan sebagainya menjadi agenda yang bermain di minda kerana bagi mereka inilah yang merangsang perhubungan seksual. Malah perkara ini juga sering disarankan oleh pakar seksologi mahupun kaunselor perkahwinan.



Dalam pada itu, apa yang harus dilakukan setelah selesai hubungan seks, langsung diabaikan, walaupun ia sebenarnya amat penting dalam memastikan keintiman sesebuah perhubungan suami isteri. Selalu terjadi sebaik selesai bersama pasangan, sama ada suami mahupun isteri akan terus tertidur. Tidak kurang juga ada yang bangkit menonton televisyen dan meninggalkan pasangan mereka sendirian di ranjang. Seolah-olah tidak memperdulikan pasangan setelah mendapat kepuasan seksual yang dikehendaki.


Seharusnya ini tidak boleh berlaku sama sekali! Kemesraan yang berlangsungan semasa pemanasan harus diteruskan sehinggalah aktiviti suami isteri ini selesai dan kepuasan diperolehi. Kemesraan yang hadir ketika inilah mampu membangkitkan perasaan cinta yang ikhlas terhadap pasangan.


Keenganan bermesra setelah perhubungan seks ini kerap berlaku buat pasangan suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Biasanya oleh pasangan lelaki. Setelah lama hidup bersama, kemesraan setelah perhubungan seks dianggap tidak lagi penting sedangkan pasangan masih berkehendakkannya. Sekiranya ada kalangan anda terlupa ataupun tidak tahu apa yang harus dilakukan bersama pasangan selepas bercinta, kali ini disertakan bereapa panduan agar acara selepas seks tetap hangat dan membahagiakan.


Suami dikehendaki menggauli isteri dengan baik. Ini termasuklah dalam soal berhubungan intim. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w., seorang suami dianjurkan mencampuri isterinya bila-bila waktu sahaja. Apabila seseorang suami telah melepaskan hajat syahwatnya, janganlah ia tergesa-gesa bangkit hingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Ini bermakna, dalam melakukan perhubungan intim, suami dikehendaki melayan hajat isterinya sehingga ia mencapai nikmatnya dan merasa puas. Dengan cara ini terbukti dapat melangsungkan keharmonian dan kasih sayang antara kedua-duanya dan tidak akan timbul ketidakseimbangan dalam persetubuhan antara suami isteri yang boleh membawa kepada kemurungan dan gangguan emosi. Jika dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan keretakan rumahtangga dan sebagainya.


Tahukah anda, disfungsi seksual suami seperti ED atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita lalu menghadkan nikmat dan kepuasan seksual isteri. Isteri yang pasangannya menderita masalah ED didapati mempunyai tahap libido yang rendah, kurang bernafsu, menghadapi kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan. Mereka akan merasakan sesuatu hubungan intim itu satu hubungan yang menjengkelkan kerana pasangan biasanya akan 'terkulai layu' atau terus tertidur dan tidak memperdulikan isteri yang masih terkapai-kapai. Jangan biarkan isteri beranggapan atau memandang hubungan seks sebagai sesuatu yang hambar dan menjengkilkan. Jangan jadi suami yang hanya mementingkan kepuasan diri sendiri! Perlu diingatkan, acara 'afterplay' dapat membantu melegakan ketegangan yang dialami isteri. 



Adalah menjadi tugas dan tanggungjawap suami kepada isterinya itu diumpamakan sebagai tugas dan tanggungjawap seorang peladang iaitu membajak, menggembur, menyemai benih, merumput, membaja dan menyiram ladangnya. Seorang peladang yang bijaksana tidak akan berhenti di proses menyemai benih sahaja. Peladang yang ingin berjaya akan terus berbakti pada ladangnya dengan merumput, membaja dan menyiram. Suami yang bijaksana dan bertimbangrasa wajib berperanan seperti seorang petani juga.


Dalam melakukan perhubungan intim atau jimak, yang dituntut oleh sunnah adalah puncak kepuasan berjimak itu sendiri. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar suami melakukan cumbu rayu sebelum melakukan jimak. Cumbu rayu ini bertujuan agar kepuasan berjimak itu dapat dinikmati bersama dan tidak hanya sebelah pihak sahaja. Lama masa berjimak bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang menjadi perkara asas adalah kepuasan pasangan. Walaupun acaranya mengambil masa selama satu minit sekalipun, jika kepuasan dapat dinikmati oleh kedua-dua suami isteri berkenaan, maka tujuan jimak telahpun tercapai. Tetapi jika masa digunakan panjang sedangkan faktor kepuasan dan kenikmatan bersama diabaikan maka tujuan jimak tadi tidak mengikut sunnah. Jika ini yang terjadi maka suami mengabaikan hak isteri dan jika disengajakan maka hukumnya berdosa. Wallahul'alam.


Hangatkan hubungan emosi


Apa yang anda lakukan setelah berhubungan seks dengan pasangan? Pergi membersihkan diri, bermesraan atau pergi meninggalkan pasangan anda? Menurut para pakar seksual, aktiviti selepas hubungan seks atau 'afterplay' itu tudak kurang pentingnya dengan perhubungan seks itu sendiri. 'Afterplay' adalah aktiviti yang sangat penting untuk membangkitkan rasa intim/dekat antara pasangan.


Ada beberapa aktiviti yang sangat baik diterapkan Setelah berhubungan seks. Antaranya adalah berpelukan, bercanda, bermanja-manja dan berkomunikasi ringan dengan pasangan. Di antara empat aktiviti tersebut, berpelukan mesra selepas selesai hubungan seks dinilai oleh pakar sangat baik untuk dipraktikkan. Ia dikatakan mampu menghangatkan hubungan emosi anda dengan pasangan.


Menurut hasil kajian yang dilakukan, pasangan suami isteri selalunya tidak mengendahkan hal dakapan ini. Hanya sedikit saja pasangan yang melakukan 'afterplay'. Sebahagian kecil saja memilih untuk berpelukan Setelah selesai bersama. Dalam kajian ini juga, responden yang berdakapan mesra dan membelai pasangan Setelah selesai berhubungan intim nyata mempunyai hubungan yang lebih erat dan stabil dibandingkan dengan pasangan yang tidak mengendahkan kegiatan 'afterplay'.


Oleh itu sekiranya anda ingin meningkatkan lagi perhubungan dengan pasangan, janganlah terburu-buru meninggalkan pasangan Setelah selesai acara seks. Peluklah pasangan nada dan kucuplah dia dengan mesra. Dengan cara ini, pasangan anda akan berasa dirinya diberi perhatian dan dicintai sepenuh hati.


Bagi mengeratkan lagi kasih sayang, tak salah jika anda mengajak pasangan mandi bersama. Setelah berpeluh dan berhabisan tenaga ketika aktiviti seks, mandi bersama akan menjadi aktiviti yang merehatkan. Tidak mustahil juga kegiatan ini akan mengundang seks untuk pusingan kedua!


Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5


Read Free Summaries - Write and Get Paid

Summarize Human Knowledge on Shvoong. Join us!

------

Recent Shvoongers

  • aduka
  • Kimimaro
  • Pitung78
  • notarazi
  • Haqiem
  • ChangWai
  • kyra_in
  • nasriano
  • rld81nvn
  • EasyMidnight
  • fizsolution
  • b00TunK
  • beloved
  • ijass
  • Jaymez
  • kwenzc

.