• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Dsai-Sejarah mengajar kita

.

Dsai-Sejarah mengajar kita

oleh : lalangserai     

Pengarang : none
"Anuar penakut menghadapi kenyataan. Sah Anuar ejen asing. Kenapa bersembunyi?? Negara luar jangan ikut campur tangan urusan
dalaman Malaysia. Anuar bersembunyi .... dan macam macam lagi tajuk dan ulasan berita yang dijangka akan menjadi penghias media Malaysia.
Berita laporan polis seorang muda yang dikatakan diliwat Anuar terlalu cepat merebak. Yang paling hebat ianya mendapat tindakan dan ulasan segera Polis. Dengan lagak penuh kuasa antara ulasan polis" Saya ketua CID tanya saya" Jangan timbulkan macam macam hal gangu ketenteraman.. semacam ugutan. Pak Lah turut memberi reaksi serupa. Serahkan kepada pihak polis.
Sejarah mengajar kita bagaimana DSAI Anuar diculik oleh Polis UTK dengan cara biadab dan buas macam filem ganas. Malah lebih menggerikan beliau dipukul oleh ketua polis. Lebam matanya. Apakah masih kita mengharapkan beliau dalam jagaan polis? Lalu apakah salah DEMI KESELAMATAN beliau berlindung di kedutaan Turki? Beliau bukan di Turki....
Menurut Saifudin Nasution dalam ceramah di Stadium Perak, keselamatan Anuar adalah pertimbangan utama sekarang. Kita tidak mahu peristiwa 1998 berulang hingga mengancam nyawa Anuar. Mungkin pemuda UMNO akan berarak dihadapan kedutaan Turki atau menghantar bantahan di atas perlindungan tersebut.
Kita masih ingat dan semua tahu bahawa Musa Hasan adalah pegawai penyiasat yang terlibat mengusung tilam ke mahkamah. Semua skrip berada di dalam tangan beliau. Apa mustahil jika beliau meng"edit" dan menambahbaikkan skrip tersebut untuk lebih realistik?
Ghani Patail juga seorang dari watak sarip dol dalam peristiwa 1998. Dua samseng ini mempunyai pengalaman sama mengheret DSAI ke penjara. Dan hasilnya dua watak ini kini dinaikkan menjawat jawatan tinggi- sebagai pengarah filem baru. Jika Bakri bermimpikan jawatan KP Negara dengan lompat spring...beliau perlu terlebih dahulu memegang watak utama. Kita nantikan siapa lagi akan menjadi Umi Hafilda.... Nalakarupan....Munawwar Anes... Kalau perlu iklankan kepada beberapa watak yang masih kosong.Mungkin TKO boleh cadangkan kepada insan seperti ZEMI
Yang pasti rakyat akan terlupa seketika perut mereka yang sedang berbunyi kerana kanaikan harga minyak dan barang,,, letupan C4 dan akuan bersumpah Raja Petra..... ribut BN hingga KP MIC letak jawatan..... dan pastinya persoalan siapa akan lawan siapa dalam pemilihan UMNO taklama lagi.... Aduhai mudahnya melupakan Melayu yang mudah Lupa dengan masalah sebenar mereka............ Wahai Melayu jangan mudah lupa...sejarah mengajar kita
"
Diterbitkan pada: Jun 30, 2008
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.