Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Kakitangan TV3 : Dulu khalwat sekarang berbikini

Kakitangan TV3 : Dulu khalwat sekarang berbikini

oleh: lalangserai     Pengarang : none
ª
 


Di Malaysia, stesen televisyen percuma hanya dari dua sumber. Satu dari kerajaan iaitu RTM 1 dan RTM 2. Yang keduanya dari syarikat milik UMNO iaitu Media Prima BHD, dimana dari gergasi media inilah adanya stesen TV3, NTV7, 8TV dan TV9.

Orang-orang PAS kena faham walaupun kelihatan stesen-stesen TV seperti NTV7, TV3, 8TV dan TV9 ini seolah-olah dari syarikat berbeza dan bersaing antara satu sama lain, hakikatnya ialah mereka adalah dari satu syarikat induk yang sama. Mereka bersama-sama menyumbang keuntungan kepada kumpulan Media Prima Berhad.

Bandingan mudah yang boleh ditunjukkan disini ialah akhbar Berita Harian dan Harian Metro adalah dari sebuah syarikat yang sama iaitu New Straits Times walaupun kedua-dua akhbar ini kelihatan saling menarik perhatian pembaca untuk memilikinya.

Mengapa penulis sibuk menulis mengenai TV3? Sedangkan TV3 bukannya sebuah parti politik yang akan berdepan dengan PAS atau Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya. Mereka hanyalah sebuah stesen tv.

Benar mereka hanyalah sebuah stesen tv, tetapi mereka adalah orang kuat Barisan Nasional yang berkesan. Menerusi TV3, segala maklumat yang akan memberi kelebihan kepada BN disebarkan. Cerita mengenai keburukan pembangkang (kononnya) juga disebarkan. Semua ini dilakukan menjelang musim pilihanraya dan semakin rancak ketika kempen pilihanraya.

Pasti ada orang-orang PAS yang meminati sukan merasa berterima kasih kepada TV3 kerana stesen ini bersama-sama dengan tiga lagi stesen tv kerap menyiarkan rancangan sukan secara langsung seperti F1 dan sukan bolasepak eropah yang berprestij iaitu Champions league.

Bagi penulis yang turut mengikuti siaran langsung acara sukan yang sering disiarkan oleh stesen-stesen tv dibawah kumpulan Media Prima ini, perasaan ‘meluat’ kepada TV3 tetap terbit. Siaran langsung percuma yang menjadi kegemaran penulis sudah tentu penulis tonton tetapi ianya tidak sampai membuatkan penulis merasa perlu berterima kasih kepada TV3.

TV3 sebenarnya memperolehi pendapatan menerusi iklan setiap kali siaran-siaran langsung itu dibuat. TV3 mencatat keuntungan dan penyiaran siaran secara langsung adalah antara kaedah TV3 mencatat keuntungan dan menaikkan ‘rating’ penonton. Jadi mengapa penulis perlu berterima kasih kepada TV3? Bahkan rasa ‘meluat’ kepada TV3 tetap ada walaupun penulis puas hati melihat aksi sukan siaran langsung tersebut.

Stesen TV3 memberikan imej negatif kepada PAS di musim pilihanraya tetapi ingatkah pembaca akan kes khalwat kakitangan TV3 kira-kira setahun lebih yang lalu. Stesen tv ini sendiri mempunyai unsur-unsur negatif di dalamnya tetapi berkempen memburukkan PAS. Memang dasar stesen tv sekular, begitulah perangainya.

Sehingga ke hari ini, TV3 masih belum memberikan penjelasan atau komen mengenai pengacara yang ditangkap khalwat itu. Cuma yang penulis pasti, pengacara tersebut masih bekerja dengan stesen tv tersebut tetapi hanya dibelakang tabir tidak lagi sebagai pengacara.

Yang terkini pula seorang pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dengan selambanya berbikini ketika bercuti di pusat peranginan. Bikini yang digunakan pula bukannya jenis dari menutup dada sampai punggung tetapi jenis yang hanya menutup ‘atas’ dan menutup ‘bawah’. Selain dari itu terdedah dengan terang tanpa sedikit pun terlindung.

Gambar pengacara ini dikatakan telah berlegar-legar dalam email baru-baru ini. Sebuah akhbar tabloid juga telah menyiarkan dimuka depan kisah pengacara yang berani beraksi seksi ini.

Penulis menonton rancangan Malaysia Hari Ini dalam dua hari lepas. Sah, pengacara berani seksi ini masih muncul di kaca televisyen. Dengan gelak ketawa dan berwajah selamba, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sedangkan gambar-gambar separuh bogelnya tersebar di internet.

TV3 juga nampaknya tidak mengenakan apa-apa tindakan tatatertib keatas kakitangannya ini. Sudah tentu TV3 melihat bukannya menjadi kesalahan besar jika bergambar separuh bogel dan gambar-gambar tersebut disebarkan pula di internet. Apa nak dihairankan? TV3 ialah stesen tv sekular yang menjadi orang kuat kerajaan Barisan Nasional.

TV3 dan stesen-stesen tv kumpulan Media Prima akan terus wujud selagi kerajaan BN terus berkuasa di Malaysia. Stesen-stesen tv ini akan terus menjadi ‘mulut’ kerajaan BN yang berkesan.
Diterbitkan pada: 30 Jun, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

  1. 1. t.k

    hhhh

    puki mak tv3 berat sebelah jagan asyik tunjuk berita BN saje...macam ni ke ,,,,

    0 Pengadaran 05 Mac 2011
X

.