Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>10 Tip Pembakar Api Ghairah Wanita Anda

10 Tip Pembakar Api Ghairah Wanita Anda

oleh: ApocalypseDawn     Pengarang : dsg
ª
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada Ten Love Making Tips to Light Your Woman''s Fire
 
1. Sentuhan
Wanita adalah ciptaan yang gemarkan sentuhan. Mereka suka disentuh dan dibelai. Sentuh Si Dia, uruti Si Dia, goda Si Dia dengan jemari anda. Jangan terburu-buru untuk tiba di anggota sulitnya, tumpukan perhatian anda sepenuhnya pada anggota lain tubuh Si Dia terlebih dahulu.

2. Kucupan
Ciuman berahi adalah salah satu yang mengahairahkan bagi wanita. Tatapi ke dalam matanya lalu hinggapkan ciuman atau sentuh mukanya sambil berciuman. Ciuman pada bahagian leher, pinggul, bahagian dalam paha, punggung, bahagian pelvis sekitar vaginanya, jemari dan juga kakinya untuk sesetengah wanita boleh membangkitkan nikmat pada mereka.

3. Hubungan Emosi
Buat wanita, seks bukan sahaja jalinan fizikal tapi ia juga adalah jalinan emosi. Lebih mendalam jalinan emosi tersebut, maka lebih nikmat hubungan seks bersama temannya. Kongsikan bersama perasaan anda dengan teman wanita anda dan ekspresikan emosi anda terhadap mereka secara terbuka. Bagi mereka, apa yang berlaku di luar ranjang juga merupakan faktor penting atas apa yang akan dilakukan di dalam ranjang.

4. Foreplay & Aferplay  *Sila berikan perhatian sepenuhnya pada Tip ini*
Tiada apa yang lebih mengecewakan wanita apabila temannya mula menusuk secara gelojoh tanpa mengambil peduli keadaan tubuh dan mindanya. Sepertimana pentingnya foreplay, adalah masa selepas upacara kemuncak, iaitu ''afterplay''. ''Afterplay'' mengukuhkan perasaan wanita bagaimana pengalaman seksualnya dengan anda sebelum itu, dan ini akan memberi impak yang ketara atas maklumbalas pada temannya pada masa hadapan.

5. Buat mereka rasakan mereka adalah segalanya bagi anda
Wanita juga perlu merasakan hadirnya amat penting buat kekasih mereka. Tunjukkan minat anda terhadap siapa dirinya yang sebenar dan juga pada situasi dalam kehidupan sehariannya. Nyalakan keghairahan wanita anda dengan membuatkan mereka berasa istimewa, dihargai dan dipuja.

6. Penghargaan dan Rasa Hormat
Wanita perlu merasakan dirinya dihargai dan dihormati oleh kekasih mereka supaya hubungan seks pasangan tersebut berada di tahap terbaik. Keinginan dan tahap kepuasannya akan terangsang lebih mendalam. Dia akan menginginkan kekasihnya lebih kerap dan lebih terdorong untuk memenuhi keperluan seks teman lelakinya juga.

7. Dengar
Wanita lebih tertarik pada lelaki yang dengarkan dan tumpukan perhatian pada apa yang diucapnya. Apabila bicaranya didengar, ini membuatkan dirinya dihargai dan penting di sisi anda, dengan demikian ianya mampu meningkatkan perasaan intim terhadap kekasihnya dan menggalakkan kebebasannya dalam erti kata lain tiada apa yang menyekatnya apabila anda berdua berasmara. Tahap kepuasannya dan keinginan pada kekasihnya akan ditingkatkan.

8. Tunjukkan keinginan dan minat anda padanya
Seorang wanita mahu dirinya diingini oleh sepenuh hati kekasihnya. Teruskan mendekatinya secara bersungguh, dan anda pastinya akan diganjarkan dengan kenikmatan yang tak terduga.

9. Ambil masa anda *Satu lagi tip yang amat penting*
Laluan atau proses untuk mencapai orgasma adalah amat memuaskan dan perasaannya sama seperti apabila anda mengecapinya. Dan proses tersebut adalah penting untuk meningkatkan tahap orgasma wanita anda. Ambillah laluan yang panjang, nikmati setiap saat, dan manjakan setiap bahagian badannya sepanjang jalan.

10. Mahirkan diri anda dengan seni Oral
Secara majoritinya wanita tak dapat mencapai klimaks atau orgasma melalui persetubuhan. Mengecap keseronokan berganda dalam memuaskan teman anda secara oral telah terbukti adalah salah satu kaedah yang menyeronokkan buat wanita untuk mencapai orgasma.
Diterbitkan pada: 15 September, 2008   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.