Bagaimana Sesuatu Benda Kelihatan Berwarna?
Ia bermula apabila sesuatu objek disinari
cahaya.Cahaya mengandungi pelbagai gelombang warna dan sumber cahaya datang daripada matahari, api ataupun lampu. Sebagai contoh, bagi sesuatu subjek itu kelihatan biru, ia menyerap semua gelombang warna lain kecuali gelombang biru dan seterusnya warna biru terpantul keluar dari subjek itu. Gelombang ini seterusnya dikesan oleh mata lalu menghantarnya ke minda bagi mentafsir. Konsep ini juga sama bagi warna-warna yang lain.
Manusia pula marakamkan pengalaman melihat dan mentafsir warna ini dalam mindanya. Segala pemnerangan berkaitan nama sifat dan imej yang menceritakan mengenai warna itu disimpan dalam bank data minda. Semasa retina mata mengesan semula subjek yang sama, neuron minda meranngsang kotak memori bagi mencari tafsiran yang sesuia. Dari situlah, data yang disimpan dikeluarkan semula bagi memberi maklumat yang membuatkan imej yang dilihat itu dapat ditafsirkan
Tenaga pancaran spektrum cahaya adalah sesuatu bentuk tenaga yang bergerak melalui ruang dalam getaran elektromagnetik. Sifatnya pula ditentukan melalui ukuran getaran itu. Ukuran yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza dan salah satu sifatnya adalah warna cahaya yang terpancar. Mata hanya dapat memerangkap getaran elektromagnetik yang berada dalam lingkungan frekuensi 380 anihgga 760 millimicrons. Hal ini bermaksud, kita dapat melihat warna kerana semasa hadirnya sumber cahaya, minda kita sedang mentafsir sesuatu gelombang yang dirakam oleh retina mata yang bertindak umpama lensa kamera dihantar secara getaran ke otak melalui saraf yang ada oada mata. Getaran ini ini seterusnya ditafsir oleh minda selepas mendapatkan maklumat-maklumat dari data bank yang ada dalam minda. Proses ini sudahpun bermulaa bagi manusia normal sajak awal kelahirannya yang di penuhi dengaan aliran gelombang cahaya ini.
Warna mampu membongkar
misteri menganai
personaliti manusia. Warna dapat mengungkapkan apa yang tidak dapat ditafsirkaan oleh mata kasar. Seseorang mungkin namak kurus pada luarannya, tetapi bagaimana pula dengan sikap mentalnya? Bagaimana dennga perasaan moodnya? Maksu d yang tersirat meresap lebih jauh ke dalam, lebih daripada apa yang tersurat pada permukaan ataupun luaran seseorang. Fakta warna berguna bagi menganalisi sistem mental, emosi dan fizikal seseorang.
Daripada warna, kita dapat mengetahui dan membongkar personaliti seseorang. Dapatkah kita menghuraaikan seseorang berdasarkan luaran sahaja, sekiranya boleh hanya mereka rakan baik kita karana kita sudah mendalaminya sejak sekian waktu, tetapi bagaimana pula dengan tetamu? pelawat?
atau teman baru?