Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Kepakaran dalam bidang yang diminati

Kepakaran dalam bidang yang diminati

oleh: jebat     Pengarang : jebat
ª
 

Apakah makna kepakaran yang tersurat dan tersirat sebenarnya pada setiap insan. Sesungguhnya setiap insan baik lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Tuhan telah dikurniakan kepakaran yang berbeza di antara satu sama lain. Sebagai contoh kepakaran dalam bidang doktor, sains, jurutera, guru dan sebagainya.

Kita perlu tahu dan memahami proses sistem untuk memiliki sesuatu kepakaran di mana bermula dan akhirnya. Seseorang itu perlu bermula dari tanggungjawab untuk berusaha yang berterusan seperti belajar mencari ilmu, latihan amali dan menduduki ujian peperiksaan mengikut level sehingga memperolehi keputusan kelulusan yang cemerlang.

Selepas itu wajib disusuli bekerjaya dalam satu organisasi tak kira kecil atau besar untuk menimba pengalaman dan memberi khidmat kerja kepakaran yang terbaik. Di sini nanti kita akan lebih memahami makna jatuh bangun, suka duka dan susah senang dalam berkerjaya dari peringkat junior sehingga dah jadi senior. Dari tak tahu rahsia sehingga telah tahu rahsia macamana untuk strike setiap cita-cita, target dan matlamat secara berdikari. Ya, kita menjadi dewasa dan matang bukan kerana usia tetapi berapa banyak ilmu yang kita telah benar-benar pelajari dan menguasainya, berapa tahun lamanya kita telah timba pengalaman berkerjaya sehingga kita sendiri betul-betul yakin dan percaya kepada diri sendiri tahap kepakaran yang telah dicapai. Apa guna kelulusan tinggi seperti PHD dan berjawatan tinggi seperti CEO tetapi pandai atau pakar mengarah itu ini tetapi bila suruh dia buat sendiri hasilnya rupanya tak tahu dan tak pakar. Kepakaran itu juga memberi kelebihan pada seorang itu dibanding seorang yang lain yang tidak pakar dalam apa-apa bidang pun.

Di zaman sains, teknologi, globalisasi atau lebih dikenali ICT ini. Kita dapati ramai dikalangan kita yang ingin bercita-cita hendak menjadi jutawan internet. Bila kita kunjungi di laman web banyak menceritakan kerja yang mudah, senang serta hasil yang lumayan dan terus masuk dalam akaun bank anda. Macammanalah kita tak jadi minat dan syok dibuatnya. Kerja sikit dan wang masuk banyak..Hakikatnya web itu hanya buat iklan dan promosi hendak menarik minat anda dan pelawat lain aje.. Berapa banyak orang yang telah jadi mangsa FOREX, swisscash dan skim cepat kaya cara online sebab hendak jadi jutawan internet cara shortcut. Mereka terpaksa menanggung akibat disebabkan kejahilan diri sendiri. Saya sendiri pun bergiat aktif bisnes internet dengan modal yang terlalu minima serta risiko yang sangat kurang. Keuntungan pula bergantung kepada ketekunan dan kesabaran anda. Sekiranya anda ingin tahu dan mencuba silalah melawati blog saya http://zorcorner.blogspot.com

Kesimpulannya untuk memiliki kepakaran dalam bidang yang diminati mestilah anda mempunyai sifat bertanggungjawab, disiplin, sanggup kuat belajar, buat latihan, ketekunan, kesabaran dan minda mindset positif yang berterusan. Percayalah setiap pengorbanan yang anda buat pasti anda akan menerima pembalasan yang terbaik untuk diri anda sendiri jugak.

Diterbitkan pada: 08 Oktober, 2009   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.