Gelintar
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Create a Shvoong account from scratch

Already a Member? Daftar Masuk!
×

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

OR

Not a Member? Daftar Diri!
×

Daftar Diri

Use your Facebook account for quick registration

OR

Daftar Masuk

Sign in using your Facebook account

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Apakah URAT Senyum orang kita DAH PUTUS..? Senyum, SENYUM, SENYUM

Apakah URAT Senyum orang kita DAH PUTUS..? Senyum, SENYUM, SENYUM

oleh: MasterOO     Pengarang : Othman Abd Samad
ª
 
SENYUM, SENYUM DAN SENYUM...... !
Banyak kedengaran ramai orang berkata. Apakah Urat Senyum orang kita dah putus.. ?
Apa sebabnya kita susah sangat nak senyum, sedangkan senyum itu membawa banyak faedah dan kebaikan kepada kita.
Senyuman anda akan membuatkan badan anda sihat, senyuman anda akan membuatkan emosi anda tenang, senyuman anda akan meredakan tekanan darah, senyuman anda akan memancarkan aura peribadi, senyuman anda akan mencairkan nafsu amarah orang lain, senyuman anda akan melorongkan sumber rezeki, senyuman anda akan menghindarkan penyakit, senyuman anda akan menjadi pendinding segala kekalutan dipersekitaran anda, senyuman anda menjadi perisai kepada niat-niat negatif orang lain terhadap anda.

Ada banyak lagi kelebihan-kelebihan dan faedah senyuman.
Dengan kenyataan ini, mengapakah kita boleh tak nak senyum banyak-banyak apabila sahaja bertemu orang lain. lebih-lebih lagi apabila sedang berkomunikasi. Mengapa berat sangat nak senyum. Lebih-lebih lagi kalau anda ditugaskan menjaga sesuatu kaunter yang memang berurusan dengan orang ramai, mengapa pula muka yang masam macam cuka ditunjukkan kepada pelanggan ?.
Susah sangat ke nak senyum. dah putus ke urat senyum. sampai sedikit pun tak mampu nak senyum.
Ala senyum je la . Sikit pun jadi la....

Tahukah anda apabila muka anda masam. Apa yang anda akan perolehi, tak perlu dicakapkan lagi, terbalikkan sahaja nilai positif senyuman kepada nilai negatif, itulah yang anda dapat setiap masam muka anda kepada orang lain.

Tak perlu lah anda tension apabila membaca aitikel ni, cuba senyum sambil membaca artikel ni, tentunya nanti minda anda akan terbuka dan terpancar, lalu akan terzahirlah nilai-nilai positif dan tanpa anda sedari minda bawah sedar anda akan memproses sesuatu idea yang mungkin boleh dan mampu mendatangkan kebaikan atau rezeki kepada anda. Itulah faedahnya apabila anda senyum .

Bila anda balik kerja sampai dirumah, walaupun penat dan banyak masalah dipejabat, lupakan segala pemasalahan dipejabat. Senyum kepada anak-anak dan isteri atau suami dirumah, berikan salam dan senyum lagi. Apakah tindak balas yang anda akan dapat dari anak-anak dan isteri/suami anda ketika itu ?. Cubalah kalau tak percaya...

Mentelah lah lagi kalau anda senyum dipejabat, senyum ketika berurusan dengan pelanggan dan orang ramai, senyum ketika membeli belah, senyum ketika berbincang dengan kawan-kawan, senyum ketika anda sedang menghadapi tugas yang paling susah dan berat, senyum, senyum dan senyum.

Ketahuilah , Bahawa setiap senyuman anda akan dibalas dengan kebaikan-kebaikan. Setiap kemasaman anda akan dibalas dengan keburukan-keburukan

YANG MANA SATU PILIHAN ANDA...?

Senyum......... atau Masam.. He he he..........
Anda sendiri pilih, Anda sendiri jawab, Anda sendiri fikir

Jangan masam-masam, jangan marah-marah, jangan tension-tension. Marilah kita senyum, senyum dan senyum

Salam senyum dari managro@yahoo.com

Semuga anda semua dirahmati Allah s.w.t berterusan

HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT

Diterbitkan pada: 17 Februari, 2010   
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Terjemahkan Hantar Link Cetak

New on Shvoong!

Top Websites Reviews

X

.