• Daftar Diri
  • ‎Apakah Shvoong?‎
  • Daftar Masuk
    Daftar Masuk
    Ingat nama pengguna saya Terlupa kata laluan anda?

Ringkaskan Pengetahuan Manusia di Shvoong.

.

Rerumah Shvoong>Seni & Kemanusiaan>Kita Berbeza tetapi Kita Adalah Sama

.

Kita Berbeza tetapi Kita Adalah Sama

oleh : Elween    

Pengarang : Elween Loke
Abstrak ini telah diterjemahkan daripada We are Different but We are the Same
Kita mendapati beribu-ribu orang dari pelbagai masyarakat in merata-rata tempat saban hari. Saya mendapati bahawa bilangan
penghuni yang besar telah menyebabkan pembentukan puak and suku masyarakat sendiri. Manusia telah dibahagikan kepada banyak kategori sebagaimana anggapan mereka.
Sejak zamann lampau, terdapat hierarki ataupun sistem strata di mana setiap orang tertakluk kepada kategorinya- kerabat diraja, aristokrat, penduduk biasa dan hamba abdi. Walaupun mereka mempunyai identiti yang berlainan, mereka masih slaing berkaitan. Ini bermaksud, berbanding dengan penggunaan perkatan "hierarki", penggunaan perkataan "bulatan" adalah lebih sesuai. Adalah raja yang melengkapkan hamba abdi, dan hamba abdi yang melengkapkan rajanya. Setiap orang memainkan peranan berdasarkan pekerjaaan, status dan kedudukan, serta harta.
Pada zaman kini pula, sistem ini masih diteruskan. Hierarki yang tersembunyi masih memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia setiap hari-- adakalanya tanpa pengetahuan kita. Kita masih tidak boleh menerima fikiran bahawa manusia adalah samarata. Kaum lelaki dan perempuan juga bersaing tentang isu kesamarataan. Saya rasa bukannya salah untuk mengelar kita tamak. Kita memang tamak dalam cara apabila kita ingin mencapai target kita. Secara tidak langsung, kejayaan seseorang akan mengakibatkan kegagalan orang lain. Dengan ini, peluang akan dikurangkan.
ya, kata orang, mereka bekerja bersungguh-sungguh dan mencurahkan titik peluh demi mencapai matlamat mereka. Malah, matlamat ini tidak dibenarkan untuk berkongsi dengan orang lain. Katakan terdapat sebuah syarikat terdapat kekosongan, adakah ia akan meluangkan satu lagi demi two orang yang menginginkan kerja yang sama?
Pendekar bersaing demi keagungan dan kejayaan-- konsep yang sama dikaitkan dengan hidup kini-- kita bersaing demi rezeki dan pengenalan. Ini telah menyebabkan pembentukan status sosial. Pendek kata, sesiapa yang memiliki lebih banyak harta berbanding dengan orang lain, dia akan digelar ahli sosial. Sesiapa yang hanya memiliki syiling adalah sampah kepada mereka. Apa yang mereka tidak sedar ialah, mereka adalah daripada species yang sama. Dalam biosfera, spesies disatukan dalam satu kebiasaan hidup di mana mereka berkongsi habitat dan makanan sama. Sebaliknya, dari perspektif manusia, kita mendengar :"Apa dia? Tak mungkin aku akan makan makanan yang kau makan, jijik betul!" Anda tidak perlu berucap dalam perkataan, minda anda akan menentukan pemikiran secara automatik. Kita adalah manusia, cumalah manusia.
Wahai puteri-puteri, dalam pencarian putera idaman kalian, cubalah lihat penghuni biasa juga.
Diterbitkan pada: April 15, 2007
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5

Bookmark & share this post

.