Transformasi telah bermula. Program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 7 (AF7), terus mencetuskan transformasi
dan kejutan apabila melantik pelakon serta produser Datin Seri Tiara Jacquelina
sebagai pengetua bagi musim ini.
Pengumuman ini dibuat oleh pihak Astro di Jalan Dungun, Damansara, sebentar tadi menerusi program Diari AF7.
Perubahan itu menjanjikan sebuah kelainan drastik kerana sepanjang penerbitan AF belum pernah AF melantik seorang pengetua wanita untuk mengemudikannya. Ia juga mengakhiri spekulasi siapa pengetua AF7 selama ini selepas tenaga pengajar dan barisan pelajarnya diumumkan.
Pengetua terdahulu adalah Freddie Fernandez, Ramli MS, M Nasir, Ramli Sarip dan Roslan Aziz.
Jangan Tak Lihat
» Tiara Jacquelina Pengetua...
» 3 Ibu Berjaya Jadi Top 14...
» Calon AF7: Sama Tapi Tak ...
» Gimik Aksi Murai Untuk Pe...
» AF7: Tiada Calon Singapur...
Di kalangan peminat hiburan, Tiara dikenali sebagai pelakon, penyanyi, produser dan usahawan. Beliau mula aktif dalam lakonan sejak 1980-an. Kemuncak pencapaian beliau ada berlakon dan menerbitkan filem serta teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Selain itu beliau juga menerbitkan teater Muzikal P Ramlee.
Tiara yang baru kembali dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah ternyata gembira dengan perlantikan itu dan berazam membimbing pelajar AF7 ke tahap yang cemerlang. Antara artis yang pernah digilap oleh Tiara di bawah agensinya dulu, Kit Kat Klub adalah Sofia Jane, Aida Rahim dan Maria Farida