(diterjemahkan daripada abstrak bahasa Inggeris oleh abdinst)Pengenalan
yang baik terhadap Islam sukar dicari, dan
pembaca yang berminat
tentang agama dunia yang kedua terbesar ini pasti akan menyukai buka
ini. Esposito, seorang professor pengajian Islam di Georgetown
University, telah membawa bersama beberapa tokoh sarjana Islam menerusi
antologi ini. Limabelas artikel yang
dimuatkan meliputi hampir setiap
perkara yang
menarik pembaca yang baru mula untuk mengenali
bidang-bidang seperti filosofi, sains, seni, senibina dan sejarah
Empayar Islam dan ketamadunannya. Gambar-gambar yang dimuatkan
(berjumlah 100 gambar hitam putih dan 200 gambar warna) menambahkan
lagi tarikan buku ini. Secara khususnya, kelebihan buku ini ialah dari
sudut liputan sejarah menjangkau sehingga ke hari ini serta artikelnya
memberikan tumpuan terhadap kolonialisma, Islam di Amerika dan Eropah
dan kebangkitan Islam abad ke 20. Buku ini tidaklah sempurna, sudah
tentunya, dan sebahagian kesilapannya adalah besar. Hanya satu
penulisan dimuatkan tentang kepercayaan agama dan amalannya, dan hal
ini disampaikan melalui artikel yang paling rendah sekali mutunya di
dalam koleksi ini. Tambahan lagi, meskipun kewujudan sufisma adalah
penting di dalam sejarah Islam, tiada langsung esei tentangnya
dimuatkan, dan aktiviti sufi hanya dicatitkan di dalam beberapa
bahagian daripada artikel sejarah. Walaupun begitu, ia masih lagi
menarik untuk disimpan sebagai bacaan. Buku ini , dari segi penampilan
luarnya, menarik kerana kandungan gambar dan maklumat yang terdapat di
dalamnya. Penulis berpeluang mempelajari tentang dunia sub-Sahara
Afrika dan Asia Tenggara melaluinya. Topik berkenaan falsafah
Aristotilian dan Teologi Arab juga adalah menarik. Penulis turut
mempelajari tentang perbezaan di antara Islam dan Kristian, yang
kelihatannya dikupas secara seimbang. Penulis yakin buku ini adalah
sumber berguna terutamanya dari sudut pengetahuan sejarah.